Thursday, February 14, 2013

Bukit Pelindung : My Hiking Episode



Kuantan ni dah jadi macam lokasi tahunan bagi keluarga aku. Lebih-lebih lagi sekarang cucu mak aku dah ada kat Kuantan. So orang tua tu memang nak lah sangat tengok cucu dia. Makanya sebelum pergi tu dah planning nak buat apa kat sana. Dalam kepala teringat nak naik Bukit Pelindung.

Makanya pagi-pagi Ahad tu bangun solat subuh dan bertolak dari rumah makcik aku. Walaupun masa kitaorang sampai matahari dah ada. Tapi atleast belum pukul 7.30 masa tu. Almaklumlah punya penat jangan cakap sebab tidur lewat sebab malam-malam lepak jap kat tempat wajib datang Kuantan Teluk Cempedak!

Bukit Pelindung ni kebiasaannya orang gunakan untuk track jogging aka hiking. Gila kau nak jogging! Sebelum sampai kat Bukit Pelindung ni, korang kena hiking dulu 90degree punya kecuraman. Aku tak ingat berapa meter. Tapi dah sampai satu tempat tu dia tulis  201m dari aras laut macam tu (kalau aku tak silaplah). Tapi lepas tu kena panjat lagi. Kalau first time hiking, make sure slow slow dulu. Adik aku sampai siap muntah-muntah lagi. Aku cabar dia ' dik, ko tengok orang gemok tu boleh je naik. orang tua lagi. tak kan ko tak bolek kot dik". Jahat gila aku.

Sebenarnya aku dulu masa belajar kat sini, banyak kali juga naik. Pagi-pagi jalan kaki dari Alor Akar (masa tu duduk situ) sampai lah bukit pelindung (gila jauh).Huhu. Balik aku tahan bas kat depan sekolah Ampuan Afzan tu.

Masa kitaorang pergi, yang naik ke atas tak ramai sangat. Sebab ramai yang turun dari yang naik. Maknanya kitaorang dah lewat lah jugak kan. Mostly chinese ( dari zaman dulu lagi diorang rajin sangat). Suka dengan diorang punya healthy lifestyle. Sampai kat puncak, tak ada apa yang boleh nampak. Sebab pencawang maxis dan celcom je kat atas tu. Bila turun ke bawah, kitaorang decide masuk hutan Beserah . Aku pernah masuk dalam hutan ni masa Wataniah kat polisas dulu. So aku yakin sikit je lah nak masuk (walau dah bertahun-tahun sebenarnya). Yang aku tahu, keluar tu mesti sampai kat Teluk Cempedak. Yang penting kitaorang je yang masuk hutan ni time tu. 




sekarang aku rasa lagi senang sebab dah ada track.
So just follow je lah. Tengok dari bekas-bekas yang ada macam banyak dah aktiviti extreme yang dah pernah buat kat sini.




Dari sini ambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Teluk Cempedak.
(kalau aku tak silaplah erk)



Then you boleh belajar dan kenal jenis-jenis pokok.
Almaklumlah kids nowday like teenagers seperti gambar di atas.
Actually akupun bukan tahu sangat (mwhahaha).



Beautiful scenery!
Dari sini dah dengar ombak ...
tapi tak jumpa cari mana endingnya..



Berposing itu wajib walau dalam hutan.
Hope boleh kekalkan stamina dalam age ku ni.
That why i do Yoga, pilates and jogging!
Jangan lupa, cara pemakanan juga.
Cause aku sedar, ramai wanita dijangkiti penyakit bila dah berusia 40-an 
(hasil lifestyle yang bukan seminggu dikumpul, tapi 20 tahun yang lepas)

*ps: Hanya berusaha. Takdir Allah yang tentukan..



Okay, dah nak sampai dah nak sampai.
Dah nampak dah terangnya pantai..ombak makin kuat..




Disebabkan kitaorang parkir kereta kat kaki Bukit Pelindung.
Makanya, haruslah telefon officemate makcik aku mengambil kitaorang.
Mana ada bus kat TC ni.



Then breakfast kat Tanjung Api!
Sedap-sedap makanan kat sini. Yang penting ikan dia fresh. (kat sini ada pasar).
Patutlah dulu budak-budak lelaki kelas aku suka makan kat sini.
Diorang cakap makan apa je RM2. (itu dulu)..

Aku tak pernah pergi sini dulu. Cuma sampai kat Taman Gelora je. 
Sebab depan tu dah Kem Wataniah. (tempat wajib hujung minggu dulu-dulu).




No comments: