Friday, February 22, 2013

Good News



Aku dapat panggilan tadi waktu sibuk-sibuk nak prepare document. Nombor pelik. Sebab ku tak save lah kan. Tapi ku angkat juga cause macam pernah nampak number tu sebelum ni tapi aku tak sempat nak angkat.

" Kenal dok?"  ...dalam hati aku (alamak, boleh pulak nak main teka-teka)

" Tak kenal lah"...(keh keh, jawapan pemalas. Dah malas nak main teka-teka)

"Ni lela lah"... (ok, bit confuse mula-mula. Tapi bila dengar loghat aku tahu ni roomate kat Polisas)

Jangkaanku tepat. Sebab dia nak bagitahu yang dia nak bagi kad jemputan. Aku suka serkap jarang, nasib tepat. Oleh kerana aku kan penyibuk, so tanyalah siapa bakalnya. Sebab sebelum ni dia pernah cerita yang dia kawan dengan ex-student polisas jugak. Tapi dia cakap tak. Ok dah confuse.

" Cer teka..Miza kenal orangnya. Cuba ingat dulu Miza baik dengan siapa"..(ceh, main teka-teka lagi. Memory aku lost okay. Dah lama kot bertahun-tahun. Jadinya memory space aku jadi menyempit sikit.

" Siapa wei? cakap je"

" Azry lah. Budak Elektrik" Masa ni aku dah tak terbayang siapa. Sebab memory aku slow .

" Ohhh, yang putih-putih and chubby tu ke" Tapi aku rasa salah orang. Tapi aku main hentam.

" Tak lah dia hitam"...hahaha, gelak kau kan. Aku tak puas hati and request kat Lela untuk tengok dalam friends kat her FB. Then gigih aku menaip nama si Azry tu, wahh...aku kenal ini orang. Ex-classmate ku waktu ambik course Elektrik kejap masa tu sebelum aku tukar course.

" Azri kenal nama Miza lagi. Cuma rasanya sekarang ni kalau dia tengok Miza pun dia terkejut. Dulu Miza gemuk, sekarang kan Miza dah kurus".. Jujur lah kau Lela.

Then memory flash back. Tapi aku tak tahu bila masa pulak diorang ni close. Sebab dulu Lela ambik course yang tak ada kena mengena dengan engineering. Cuma yang pasti, masa aku sambung kat PD and Azry pun sambung kat PD, time kitaorang jumpa si azry ni ada juga. Cuma masa tu 'kau' 'aku' lah kan. Unexpected kan jodoh ni. Perasaan aku of courselah gembira untuk mereka berdua. Aku kenal Lela. Dia sangat susah nak ambik keputusan untuk settle down atas sebab-sebab komitmen yang dia ada. Tapi dengan Azry, cepat sangat Allah tu susun. Decide, then smooth je semua tu.


Then teringat kat sorang lagi bff's kat polisas. Setelah lama menunggu untuk dapat cahayamata, akhirnya tuhan makbulkan doa dia. Lama tau, lebih tiga tahun. Jadi aku faham perasaan dia dan berharganya bila sesuatu yang kita tunggu lama dan akhirnya kita dapat.
 
Makanya aku rasa Allah tu maha mendengar. Dia tahu apa yang terbaik buat kita dan apabila pada masa yang tepat dia akan bagi. Asalkan kita bersabar dan sentiasa positif dengan Allah. Semuanya yang berlaku pasti ada hikmah.
 
So stay positive. ;-)


No comments: