Monday, February 4, 2013

Resepi : Kek Pisang



Aku rasa kan bila kita masak dengan penuh ikhlas, tak serabut kat kepala, enjoy dengan cooking, pastu relax je, makanan tu jadi sedap. Walaupun sebenarnya kau tak dilahirkan untuk pandai masak pun. Semua resepi aku adalah Google jek. So aku rasa memang aku tak dilahirkan sebagai orang yang masak sedap pun. Lepas tu kena pandai-pandailah ubahsuai ikut tekak kan.

Sementara aku tengah rajin, aku saja try resepi kek pisang. Bapak aku bekalkan aku pisang dalam kuantiti yang banyak. Sebab kat kebun dia pisang banyak yang berbuah. Then nak bagi jiran sampai terlupa. Lepas tu nampak pisang tu dah benyek. So aku google lah resepi kek pisang ni. Aku rasa betullah kata penulis blog ni, resepi ni memang gila sedap...thank you resepi kek pisang.

sebab tu saja je aku retis cakap kat kawan-kawan via whatapps memang sedap. Maksudnya tak lah bermakna aku ni memang pandai masak (oh tidak lah sebab resepi pun aku google). Cumanya aku nak cakap, yang resepi kek yang dia kasi ni memang gila sedap. Housemate aku makan separuh dah walau aku dah cakap, aku nak terbalikkan dulu bila sejuk lepas aku buat pilates kejap. Sekali keluar tengok, eh dah tinggal separuh. Tapi bagus jugak, siapa yang nak makan kalau bukan dia (nasib dapat housemate yg suka makan). Aku suka (bila tengah rajin lah) masak, makan nak tambah-tambah tidaklah (sebab sedar dah gain weight, #pasrah).

 Resepi memang sedap gilaaaa....WAJIB Cuba !!








No comments: