Sunday, February 10, 2013

Review Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit



Kalau siapa dah pernah tengok Hantu Kak Limah Balik Kampung (HKLBK) mesti eager nak tengok sambungan nya kan. So kali ni Mamat Khalid bagi tajuk Hantu Kak Limah 2-Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Untuk filem kali ni hari ke-dua tayangan aku pergi tengok (excited mak). Yang penting crowd memang penuh. Dan lagi penting oleh kerana q-up panjang sangat nak beli popcorn punya pasal (padahal baru lepas melantak kat Johnny's) masuk je dah start play movie ni. Adalah dalam 7 minit time tu Husin (awie) baru balik ke kampung Pisang.

Ye, cerita masih lagi berkisar di Kampung Pisang. Dalam movie ni Kak Limah dah sihat. Dah vouge you! Yang penting kalau siapa pernah tengok 'Rombongan Cik Kiah Pergi Sukan Komenwel' dalam cerita ni pulak kak Limah anjurkan " Rombongan Kak Limah ke Jepun" (something like that lah, cause aku pun lupa). Bas pun buruk macam cerita Rombongan Kak Kiah tu.

Cerita ni banyak sekuel. Apa sebenarnya yang terjadi kat Kampung Pisang ni zaman dulu dan effectnya pada  generasi zaman sekarang. Untuk watak kali ni Abu Hurairah (Johan) tak ada, kononnya dia kahwin lari dengan minah indon yang kerja kontrak (ok part ni dah lawak sebab kontra dengan kebiasaanya). Cuma bila watak Abu hurairah tu tak ada, memang tak umm sikit lah. Yang penting Usop  Wilcha dah tak pakai wheelchair lagi. Dia dah ada motosikal OKU.

Paling penting dalam movie ni ramai je yang gelak. Kalau aku tengok sorang aku rasa tak lawak pun. Tapi bila ramai-ramai aku jadi faham kenapa sesetengah part yang aku rasa tak lawak, boleh jadi lawak. What ever is, cerita Mamat Khalid ni bukan lawak murahan. Serius cerita dia kena kita berfikir. Kalau pernah tengok cerita-cerita dia sebelum ni, banyak yang dia bawa balik dalam cerita ni.



Rashidi Ishak jadi Doktor dalam cerita. Konon-konon macam Doktor yang pandai dalam entiti. Yang penting watak bomoh dah tak ada. Watak doktor penangkap hantu ni dah jadi macam cerita Stephen Chow (aku tak ingat cerita apa) yang dia pengangkap hantu. Tapi sebenarnya, doktor ni bukan manusia. jeng jeng. Siapakah beliau sebenarnya dan apakah motifnya datang ke kampung Pisang setelah 45 tahun?




Kedai Pak Jabit masih wujud lagi. Dah advance sebab ada WaiFai. Kau ader? Haha..
Tempat lepak orang kampung seperti biasa. Dalam gambar di atas, masa ni Husin pulang semula ke kamung selepas muflis kat bandar (kan masa cerita HKLBR 1 ending tu Husin nak berhijrahke bandar). Kali ni Husin balik tak bawa motor, naik kereta buruk yang tertanggal banyak benda. Sumpah lawak.



Okay okay...yang ni sumpah lawak (sebab satu panggung gelak gempita)...i follow jek.
Masa ni diorang nak pergi cari Husin lepas Husin kena culik dengan bunian (eh tersebut)..
On the way nak mencari si Husin, Pak Jabit cakap lah (lebih kuranglah ayat dia macam ni)
" cuba tengok pokok ara tu. Kalau kita pandang dia hantu akan keluarlah hantu. semua ni mainan fikiran"
Okay, lepas tu tiba-tiba hantu keluar dari balik pokok tu. Then Pak Jabit cakap
 " Ini semua mainan fikiran
teng! Hilang. Syok lah diorang ni gelak-gelak. Sekali je rupanya belakang diorang. lepas tu mencicit lari dengan tayar basikal kat atas..kah kah kah..




yeah ini lah dia Mon! (watak dalam zombi kampung pisang kan)
Masa ni dia kena culik dek orang bunian masuk dalam hutan. Bagi makan semualah.
Tapi sebenarnya ini bukan Mon! Tapi Ayu .(aha, tengoklah cerita HKLBR 1).
Nak tahu kenapa dia wujud, kenalah tengok cerita ni.




Yang ni pun sumpah lawak. Masa ni crowd gelak memang macam nak pecah panggung.
Ayat dia " Jangan main-main, teman garang. Teman ada silat"
Sekali pokok nyior jatuh, terus lari lintang pukang ke kedai Pak Jabit.


Walaupun cerita ni kat pertengahan aku dah rasa lain macam, sebab tetiba ada watak animasi (eh, entah aku tak reti nak menyebutnya) jin tu. tapi secara realitinya kena percaya makhluk halus ni wujud. Dan sememangnya dalam Al-Quran pun cakap manusia adalah makhluk tuhan yang paling indah ciptaan Allah (ewah macam ustazah pulak dah). Cerita mamat Khalid ni bukan cerita yang sekali lalu. Kau Kena berfikir! Seriously baru kau faham. Macam upacara ritual zaman dahulu, then effectnya untuk generasi akan datang. Yang penting ada beberapa lagi yang aku tak berapa faham dan kena fahamkan. Siapa dah tengok tu nanti tulislah kat blog. 

pengajaran yang palingpenting, dalam cerita ni (ni kefahaman aku lah). Kalau kita tak berjaya dan tak berduit kita akan dipandang rendah dan orang tak akan ambil tahu hal kita. Kesian Husin. Malas cakap banyak, silalah tengok..



OST dia boleh tahan



Happy watching !!


No comments: