Wednesday, February 27, 2013

UTM Berselawat 2013


Alhamdulillah Allah tu gerakkan hati aku nak join majlis ni. Sebenanrnya promo tentang majlis ni agak hebat kat fb. Itupun lepas adik aku shared kan. Sebelum ni pernah tengok kat TV Al-Hijrah   Of course lah aku nak pergi. Sebab rasanya macam dah lama tak pergi majlis agama. Walaupun aku selalu dengar je kat IKIM, tapi aku takut juga hati aku jadi gelap. Almaklumlah kita ni kan manusia biasa je. Program ni start dari hari Jumaat.

 Hari sabtu tu kelas aku petang. Makanya aku pun datang pagi. Walaupun aku tak tahu program apa pagi tu kat DSI. Sampai dah pukul 10 pagi, sekali tengok Ustaz Pahrol lah punya slot. Of course lah aku nak masuk dengar walaupun sorang-sorang je kan datang. Pada aku, Ustaz Pahrol dan Prof.Muhaya adalah orang yang banyak membuatkan aku berubah (i'm still learning btw).

Slot Ustaz Pahrol adalah Model Mukmin Profesional dan menjurus kepada model Rasullulah. Memang banyak ilmu yang dapat. Tak berbaloi dengan RM 5 (almaklumlah mak kan student, dapatlah harga murah) dan breakfast. Antara yang kekal dalam kepala aku adalah kata-katanya;-

3 perkara yang wajib pelajar buat, Jaga waktu solat, Jaga waktu makan dan jaga waktu tidur. Barulah hidup lebih berdisiplin dan kesihatan terjaga. Kalau tidak, kesannya pada umur 40 tahun. (Masa ni aku dah fikir takut jugaklah sebab tak jaga kan).

Siapa yang memburu cinta Allah, cinta lain akan memburunya. aha..ingat tu!


Hari Ahad tu best sikit. Sebab banyak ilmuan yang hebat-hebat macam Ustaz Don, Imam Muda Asyraf, Ustaz Nurudin al-Banjarri (aku suka dia ni), Hafiz hamidun etc. FOC je okay. Tapi aku tak dapat datang siang sebab komitmen dengan kelas. Jadi datang malam waktu UTM berselawat je.Masa aku datang, lautan manusia okay. Sebab memang ramai sangat, lebih dari yang disasarkan. Honestly bagi orang yang jarang pergi majlis agama macam aku ni, aku rasa macam aku berada dalam satu sudut dunia yang berbeza. Why? masa ni lah jumpa dengan ramai pakai jubah putih, hitam, kopiah putih, berpurdah. Tapi aku suka tengok muka diorang ni, sebab muka suci. Serious. Dan kepala aku terbayang pulak kan kalau masa kat akhirat nanti, macam ni lah agaknya. 





Lepas maghrib.
Ada bacaan maulid..Gigih ni solat kat atas tapi saf depan sekali.
Biar nampak bawah tu..Motif utama nak nampak Ustaz Nuruddin Al-Banjari
Budak-budak tahfiz tu buta tau.



Tempat lelaki dengan perempuan asing.
Perempuan kat atas. Aku masuk je memang full house.
Nasiblah ada juga kerusi yang kosong nampak pentas.
Yang penting aku nak nampak muka Ustaz Habib Ali Zainal Abidin.



aha...ni dia jemaah lelaki.
Ramai okay. Takjub tengok.



Pergi dengan adik aku and kawan-kawan dia kat UTM ni.





suka tgk ustaz Don


p/s: Tahniah UTM dan para penganjur yang lain

No comments: