Friday, March 22, 2013

Fasa berfasa



Lecturer aku pernah cakap benda yang paling dia menyesal dalam hidup dia adalah sambung belajar dalam bidang engineering (dia memang tak minat langsung), tapi terpaksa sebab parent yang suruh. Tapi background experience dia dalam civil engineering dia memang hebat! Bakun project and some project kat overseas dia pernah involve sebelum dia turn to lecturer kat UTM. Lagi hebat rupanya dia ada degree and master dalam medical (bidang yang dia paling minat). Gila ah....angkat topi. Kalau mengajar, nampak sangat passion dia (menyelit) bab bab medical ni. Memang sangat hebat. Dia selalu join misi perubatan..

Itu dia..

Aku rasa setakat hari ini, the worst decision i had made adalah pilih subjek Construction Plant as elektif subjek untuk semester ni. Sebabnya, banyak term dan ayat yang tak pernah guna. Rumus yang merepek pada aku. Kalau tahu haritu pilih subjek Highway atau Bekalan Air. Cause kalau bongok-bongok pun, banyak words dan term yang dah biasa guna dan pernah belajar.

 Kalau aku boleh umpamakan macam ni lah. Sekarangkan baru je lepas result SPM. Kalau yang dah aim nak ambik engineering (civil ) contohnya kalau siapa belajar subjek Lukisan Kejuruteraan masa sekolah teknik atau ambik aliran sains tulen masa sekolah dulu mesti tak ada masalah bila subjek tu dia kena belajar balik masa semester 1. Tapi kalau yang memang tak pernah ambik subjek tu, agak terkial-kial sikitlah. Kesian jugak dulu aku tengok kawan-kawan aku yang tak pernah ambik subjek tu kat sekolah (Padahal dulu masa SPM aku tak terer pun LKJ. Dapat 4(B) je okay).

Actually tak susah pun construction plant tu. Cuma macam terbongek lah tengok term term dan words yang tak pernah baca sebelum ni. Dengan kekangan masa yang sangat sikit, dengan semester yang sangat busy, aku rasa nak catch up sangat cepat tu memang agak sukar lah sikit. Tapi harus diingat, 3 mata kredit okay! Then dengan rumors lecturer yang sangat strict dari previous student. So sekarang, rasanya aku dan yang lain hanya mampu layankan saja subjek ni. Kan ada pepatah " terlajak perbuatan tak boleh diundur" aku main hentam je lah. Sebabnya dalam kes ni, nak tukar subjek tu memang susah dah. Tak kan nak drop paper. Oh tidak!!! aku nak goyang-goyang kaki je sem depan. So, layan kan je ye. Tapi deep inside aku tak minat pun subjek ni. sebelum ni bajet macam belajar backhoe, bulldozer, etc. Rupanya dalam dan lagi mendalam. Tapi rumus tu macam mengarut. 

 Lepas tu semester ni pulak semester kesian kan orang. Dengan orang yang nak kahwin, dengan orang yang pregnant, dengan orang yang wife sakit, dengan orang yang sakit slip disc..etc. So kena kesian kan kat orang.Bila baca email yang macam-macam, hanya mampu membaca je. Nak reply tu malas. 


so layankan je segala-galanya. mesti satu hari nanti rindu dengan kerenah yang macam macam ni.

No comments: