Friday, March 29, 2013

POSITIVE ViBe







Petua menjadi Positif;

- Jangan membayangkan sesuatu yang negatif
-Hindari teman yang sentiasa menyokong kita walaupun ketika kita berfikiran negatif /bersangka buruk
-Jangan mendegar perkara-perkara yang negatif. Baca dan dengar perkara positif setiap hari
- Elakkan melihat sesuatu yang kita tidak suka. Jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya
-Biasakan berkawan dengan orang-orang yang positif
-Ingat, orang yang berjaya adalah orang yang positif
-Kita bukannya satu-satunya manusia yang gagal dalam dunia


i'm very speechless bila seorang ni berkata " Aku cuma ada kau dan suami aku je yang buat aku terus kuat sekarang ni"..Wow, speechless.

Kita ni manusia yang lemah. We  just human kan. Adakala mesti melalui hari-hari yang ada turun naik nya. Kadang-kadang kita ni sebenarnya dalam hati pun berbolak balik dan tak tak menentu kalau dalam bahasa pasarnya jiwa kacau. Tapi luaran kita kena nampak kuat. Kadang-kadang bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain pun jadi kuat.

Tak kiralah dalam relationship atau friendship tipulah kalau tak ada up and down. Mesti ada. Jadinya mesti bila nak meluahkan tu kena cari orang yang betul. Bukan yang bagi kata-kata negatif ( aku belajar banyak benda dari ni. Bila dah dewasa ni aku faham sangat). Bila kita meluahkan pada orang yang selalu negatif, tak mustahil benda yang sebelum ni kita nampak dan cuba positif pun nampak negatif padahal tak ada apa pun.

Apa yang kita fikirkan itulah yang akan kita jadi. Berusaha untuk jadi lebih positif dan lebih positif. Tipulah ye kalau tak down, mesti ada hari-hari ada benda yang akan buat kita down. Makanya haruslah bangkit untuk  positif. Lagi-lagi bila turn to something yang melibatkan hati. aha... very true tau.(Boleh jadi tak keruan tau).

In term of situasi aku yang belajar pulak ni. Ada hari -harinya aku memang rasa down sangat. Bila da orang yang down, janganlah ikut down sekali. Dengan pelbagai tugasan yang melambak. Tambah-tambah lagi semester ni aku start PSM. Seriously aku tak nak terlalu fikir negatif sangat. Aku just fikirkan enjoy the moment dengan semua ni. Macam yang kami dah bincangkan secara mesyuarat meja panjang, habiskan bulan April (most of  hv to submit) then dah lega fokus final exam. Aku rasa itu je lah yang boleh menyedapkan hati kami-kami yang rasa nak down, drop paper dsb. 


last but not lest... " Roh seseorang mukmin tergantung pada hutangnya sehingga dilunasi"
Riwayat Muslim..Tetibe tersuka qoute ni pulak kan. Tak apalah, bak kata kawan aku " nanti bila dah tua, masa tu dah nak dekat-dekat mati, dah tak kuat, barulah teringat hutang-hutang yang kita tak bayar"....


* sorry kalau terbuat sesiapa terasa...siapa yang makan cili mesti rasa pedas kan.*




No comments: