Monday, April 15, 2013

First Impression



Aku rasa semua orang pun mesti ada jangkaan dan pandangan pertama tentang seseorang yang baru kita kenal. Kadang-kadang assumption kita tu sebenarnya sama sekali silap. Dont judge a book by its cover ..Begitulah perumpaan yang cliche kita dengar.

Dalam situasi aku pulak, aku boleh kaitkan dengan kisah baru-baru ni. Ada satu subject elektif tu yang dua orang lecture untuk subject tu. Kebetulan previous student (full time) dok canang kat kitaorang yang seorang daripada lecturer ni agak strict dan bermacam-macam cerita yang kurang enak didengar di telinga dan bisa kita yang dengar ni kecut perut. Siap suggest tukar lecture. Dipendekkan cerita, oleh kerana desakan dari beberapa orang, kami suggest untuk tukar lecturer. Progress masa tu sampai semua orang sign petition (wah, kalau dlm kerja ni biasa diorang buat) untuk replace lecture. Entah macamana, lepas dapatkan nasihat beberapa orang lecturer, (ada juga yang dok canang buruk pasal lecturer ni), kami redha dan berserah. Sebab takut nanti jadi problem di space. Malas lah kan, lagipun nak grad on time.

Semalam first time dia masuk mengajar subject ni. Aku dah email semua orang untuk datang awal sebelum dia sampai. Agaknya first impression tu penting kan. Orangnya nampak cool dan tidaklah cenggih macam yang didengar. Halfway mengajar aku rasa tak nampak kecengihan dia. Tapi dia dah pesan awal-awal yang semua nota dan assignment harus hantar dalam e-learning. Ok lah boleh diterima. Hari ni aku rasa ada sisi dia ni funny orangnya walaupun dia mengajar memang follow apa yang kat slide. Boleh gelak-gelak. Kitaorang oun boleh minum air waktu dia mengajar. Kalau nak keluar toilet pun dia tak tegur. So mana yang nampak dia ni strict?? ada confuse kat situ. Aku rasa maybe kematangan seseorang menjadi batu ukur pandangan seseorang tentang sesuatu apa yang dia nampak dan alami. Full time kan masih muda lagi. So, cara dia menilai tu mungkin dari sudut berbeza. Aku rasa lah. Aku pinjam ayat dalam satu topic dalam subject plant ni " sebuah machine tu dicipta dengan fungsi yang sama, tapi operasinya yang berbeza". Fahamkan ayat ni...Eh, boleh pulak aku gunapakai kan apa yang dia ajar tadi kan dan apply dalam kehidupan ni.

Ada lagi satu persepsi tentang seorang ni. Student UTM juga. Cantik orangnya.  Now dah jadi Arkitek lah kan. Aku kenal thru FB. Kalau follow dia punya life history ni, dah boleh tahu siapa bf dia. Apa aktiviti dia bla bla. Sebab dia suka update status. Dia juga kadang-kadang bajet hot sebab modeling. Tapi ni assumption aku yang dulu. Now sebelum dia grad dia dah covered with hijab. Alhamdulillah. Dulu aku selalu rasa annoying kalau dia update status yang agak bajet macam dia bagus. Selalu update determination dia to be good Archi, ada Ar then set up company Arkitek sendiri. Selalu perasan macam bajet hot. Then one moment dia deactivate atas beberapa issue (hahaha, dunia ni kecik je.ex dia Engineer kat jkr.of course aku kenal). Then bf dia sekarang buat PHD dan satu fakulti dengan aku, of course pernah terjumpa kat lab. Now dia selalu update pasal kerja dia dan betapa workaholic nya dia.


Now aku rasa aku faham kenapa dia macam tu. First, bukan senang nak complete degree in Architecture. Spend 5 tahun macam nak jadi Doktor in medical. Setahu aku yang da kawan-kawan bidang ni, belajar memang susah. Tak ada sosial life sebab too busy dengan drawing etc. Life kat studio. Sebab tu circle of friend diaorang memang dengan diorang jek. Macam dia ni, dia ambik 5 tahun lebih nak grad. Untuk setahun yang terakhir dia betul-betul struggle sampai semua sosial web dia deactivate. So sekarang aku faham, betapa appriciate nya dia dengan segulung ijazah yang dia ada. Kenapa determination dia tinggi sangat. Bukan senang nak complete sampai grad.  Antara course yang paling banyak guna duit. Sebab itu dia appriciate value of kesusahan yang dia tanggung masa nak complete degree ni.

Bajet hot pulak. Serius dia memang cantik. Dulu sebelum dia pakai tudung agak daring sikit. Then biasalah kan, kalau dalam golongan ramai perempuan mesti ada yang jeleous bagai. Tapi lepas dia covered with hijab, totally berubah. Sangat simple. Tudung pun bawal adijuma tu jek. Pakain loss. tak adalah nak jadi hijabsista bagai. So, aku tak adalah rasa dia bajet hot. Sebab memang dia cantik pun. Beatiful with brain okay!

Now dah kerja aku rasa dia selalu update betapa workaholicnya dia kat office. Sementelaah company dia banyak project. She one of Arkitek lah kan. Bila dia selalu cerita pencapaian dia presentation depan Sultan, so dia memang superb lah. Tak tahulah kan kalau dia sengaja up kan diri. tapi aku tak rasa macam tu. Memang dia deserve to. Just pandang dari sudut yang positif. Dia memang bagus. Now dia aim nak ambik master. Dia pernah cakap kat aku yang hanya akan settle down bila dah ada PHD. Tapi kita kan hanya merancang, tuhan yang menetukan. 

Sekarang aku rasa aku pulak yang respect dia punya determination. Walau tadi awalnya aku rasa annoying..at last aku rasa she deserve dapat yang terbaik dalam hidup atas kesungguhan dia dan dia tahu apa yang dia nak. Apa yang dia update dalam status tu aku anggap pembakar semangat pada orang lain untuk dapatkan apa yang terbaik dalam hidup. Wanita, jadilah orang yang tak terlalu bergantung pada orang lain. Jadikan diri beatiful with brain. 


conclusion : Jangalah terus jatuhkan hukuman kalau kita tak kenal orang tu secara mendalam..




No comments: