Tuesday, April 2, 2013

Tips to be a Part Time Student



Some of my friend akan menjalani kehidupan sebagai pelajar part time bermula pertengahan tahun ni (if aku tak silap lah intake Sept/Ogos ). Saya rasa saya nak sharing tips bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar separuh masa dan dalam masa yang sama bekerja. Tips ni adalah dari kaca mata saya sendiri dan juga kawan-kawan yang dah berkeluarga.

1. Tanya hati dan fikiran

Ini pertama sekali yang perlu kita buat. Sebelum kita decide sambung study, tanya hati "kenapa?" dan fikirkan "Bagaimana?". Pendek kata 5W tu boleh digunapakai. Ada banyak reason kenapa seseorang tu sambung belajar. In my case, aku last study tahun 2005 (Diploma) dan hanya 2009 aku sambung Degree. Padahal kawan-kawan aku lepas Diploma terus sambung Degree. Tapi sebab masa tu rezeki dan kena paksa kerja kerajaan, aku tangguhkan hasrat sambung belajar. Tujuan aku adalah, sebab aku rasa inferior dengan kawan-kawan sekeliling aku sendiri  yang ada degree and turn to Master then turn to PHD. Then dari segi peningkatan kerjaya, aku rasa aku PERLU kan degree. Tapi aku tak NAFIKAN, ramai je orang yang tak ada apa-apa tapi sangat berjaya hari ini. Its depend yourself actually.


2. Pohon Restu

Ini penting sangat. Kalau dah yang bekeluarga dapatkan persetujuan spouse. Iyelah sebab wekend kena berkorban masa ke kelas. Weekday nak kena study dan sipakan assignment. Discusion tu penting. Kalau yang bujang macam aku masa dapat tawaran sambung study tu, aku perlukan restu mak abah. Alhamdulillah diaorang restu walaupun diorang sangat risau aku tak kahwin-kahwin. In fact sampai sekarang pun aku tak kahwin-kahwin. Tapi semua ni kan kerja Allah. Allah had good planning for everyone. So aku kena yakin dan bersangka baik. Beside aku rasa tanpa doa diorang, aku tak akan sampai ke tahap ini. Additionally, adik-adik aku memang pandai. So aku rasa segan lah kalau aku tak mampu nak achieve sama level macam diorang. Atleast aku nak buktikan yang aku pun mampu buat eventhough aku belajar dari bawah dan memang kena rajin.

3. Sabar dont ever give up

Buat orang yang hampir 4 tahun macam aku yang tinggalkan alam study, patutnya agak mudah lah. Tapi seriously memang susah. Ada yang kawan-kawan aku yang dah berbelas tahun tinggalkan zaman belajar. Tapi semangat diorang kuat. In my case, mula-mula course aku masa registration ada 60 orang. Hari pertama datang kelas ada 40 orang. Dan sekarang tinggal 25 orang yang kekal. Yang betul-betul grad on time (tak ada sangkut paper) dikira-kira hanya berbelas orang. Memang cabaran. Bagi aku dan ex-politeknik kita tahu yang agak payah masuk UTM ni. Susah macamana? sebabnya dulu kita belajar in BM. sekarang aku rasa dah mix. Tak ker terkejut bila masuk kelas semester 1, lecturer mengajar in English dan semua nota in English. First semester was tough for me and the rest of my friends. Aku ingat lagi masa subject Mechanic Structure, aku menangis kat luar kelas. Sebab aku rasa kenapa dulu aku senang je nak hadam semua ni. Subject favorite aku. Then DE (Deformation Equation) which is Mathematics subject. Aku pun pernah argue kenapa perlu belajar subject ni, bila dah kerja mana guna semua ni. Tapi sabar dan sabarlah. Bila masuk semster ke dua, semua ni dah macam cebisan makanan kat celah gigi jek.


4. Fokus

Ini paling penting sangat. Kita tak punya masa nak study banyak memandangkan kita bukan student full time. Kadang-kadang sehari tu kita kena balun 3 topik sekaligus. Memang payah. Kadang-kadang sampai mengantuk. Kalau budak-budak lelaki ni asyik keluar kelas je sedut asap sebab tak tahan mengantuk. Bila ada kemusykilan tanya dengan lecturer. Tak apalah walau nampak kau macam bongok gila tanya soalan yang macam tu, tapi dari kau buat-buat faham tapi sebenarnya kau tak faham.

5. Cari group yang membantu

Ini taktik dan teknik yang aku gunakan since aku belajar di alam Diploma. Cari kawan yang boleh membantu. Maksudnya cari group assignment yang kau boleh agih-agihkan kerja. Jadi tugas tak berat. Tapi kadang-kadang kecundang jua sebenarnya. Tapi its okay. Kalau rasa diri tu pemalas, jangan cari group assignment yang pemalas macam kau. Mestilah keparit jawabnya.

6. Disiplin

Terutamanya dari segi pengurusan masa. kenalah tahu yang mana perlu dahulukan dan yang mana perlu dikemudiakan. Kalau kita dah planning kita punya KPI untuk seminggu ni apa yang kita perlu buat, just follow. Tapi biasalah, kita kan manusia biasa. Lebih -lebih lagi bekerja dan other komitmen lain yang perlu difikirkan. Cari masa dan cari masa...Bila study, study betul-betul. Fokus. Kalau boleh avoid online bagai. Tapi aku rasa macam hairan sikit lah bila sekarang ni aku rasa aku tak boleh disiplin bab ni. Half way study check Twitter dan Instagram. lebih lebih lagi kalau time tu diorang ni w/apps siap kena snap gambar assignment nak tukar-tukar jawapan. Study sambil w/apps sebab tak faham kadang-kadang. Itu yang menjerumuskan ke arah nak online. Dulu zaman aku study, aku rasa tak macam ni. Sanggup aku off handphone (masa tu guna 3310 jekkk). Memang fokus gila ahh. Tapi sekarang non hadoo..

7. Sacrify

Wekend biasanya banyak aktiviti keluarga dan sosial. Majlis kahwin lah..kendurilah kan. Memang terpaksa berkorban lah masa. Kalau agak-agak wedding tu sabtu, datanglah pagi atau malam sebelum. Kalau Ahad, lepas habis kelas tu datang lah. Penat lah juga terkejar-kejar. Macam aku, dua kali wedding adik aku...aku rasa kalau jatuh sabtu (aku ponteng) ahad tu tempat perempuan aku tak pergi. Then kalau yang berkeluarga dan ada anak nak diuruskan, give and take dengan spouse. Kita ni belajar memang wekend, tapi komitmen assignment tu seminggu. Kalau dapat pasangan yang memahami, kerja rumah boleh diuruskan bersama. Tapi kalau dapat pasangan yang tak begitu nak memahami, agak payah. Tapi hati kena cekal. Ada juga kawan-kawan aku yang kecundang di tengah jalan disebabkan hal-hal yang macam ni. Support from family dan spouse tu memang snagat penting.


Itu je lah kot setakat yang aku mapu nak sharing. Once kita belajar ni, sebenarnya kita berada di luar kepompong kebiasaan kita. Sebabnya aku rasa knowledge kita akan expand. Oklah, maybe aku tak sepintar orang lain..tapi aku rasa satu anjakan paradigma dalam diri sendiri. Paling penting, networking akan meluas. In term of kerja memang senang. Tak perlu nak surat rasmi nak pergi buat appoinment. Hanya perlukan satu panggilan telefon dan juga sms. Canggih tak...





No comments: