Wednesday, June 19, 2013

Situasi



Situasi 1
Bila kita orangnya mudah dan memudahkan urusan orang lain, mudah-mudahan Allah memudahkan juga urusan kita. Bukanlah bermakna mengharapkan balasan, namun kena positif dan yakin dengan janji Allah atas segala kebaikan. ye, saya memang suka menonjolkan diri untuk memberi kemudahan/manafaat kepada orang lain. Insha Allah, kritikan saya anggap ianya mematangkan dan belajar untuk jadi yang lebih baik.

Situasi 2
Kita dah usaha, berdoa, tawakal dan redha dengan ketentuan Allah. Mungkin apa yang dirasakan baik untuk kita, tapi sebenarnya bagi Allah itu bukanlah yang terbaik. Kena yakin dan positif dengan setiap percaturan yang Allah tentukan.

Situasi 3
Kita ada masalah peribadi. Namun tak semua orang kita boleh meluahkan. Kalau tersilap meluah, ada yang akan mengambil kesempatan. Luahkan pada yang kita percaya dan pada Allah. Manusia hanya boleh memberi pandangan, namun kita sendiri yang memilih untuk terima atau tidak.

Situasi 4
Menerima sebuah janji. Namun kita kena beringat yang janji manusia ni seringkali berubah. Mungkin mereka lupa dan buat-buat terlupa. Maafkan mereka (cuba), kita pun bukan terbaik dan buat juga silap. Sebagai mauslim kita kena rajin berdoa dan solat istikharah. Moga Allah memberi kan petunjuk yang terbaik buat kita. Sebagai seorang Islam, istikharah adalah jalan terbaik dalam segala hal. Tidak akan kecewa bagi orang yang solat istikharah.

Situasi 5
Setiap orang akan terlihat ‘true colour’ selepas beberapa hari. Orang yang berpura-pura ini hanya mampu bertahan beberapa ketika, dan akhirnya belang akan terbuka. Samaada kita perasan atau tidak.  Tapi Allah maha adil. Saya pernah terbaca, kalau kita ni baik  (lurus bendul, baik dan ikut perintahnya) insha Allah Dia akan lindung kita. Percayalah.

Situasi 6
Sejujurnya saya sedang menderita sakit leher kerana salah bantal waktu tidur. Semua orang tak tahu. Namun saya menyimpannya sehingga beberapa ketika kerana kekangan masa untuk pergi berurut.


 situasi 7
Bila selalu tengok Running Man (saya hanya layan kembali selepas habis musim belajar dan exam). Baru Saya tahu kenapa Kim Jong Kook ni handsome/macho. 


No comments: