Friday, June 14, 2013

Tempoh Ini



Selesai sudah Tahun Akhir Semester 2. Maknanya tinggal berbaki satu lagi semester untuk aku graduate dan bergelar seorang Engineer (yang ada degree holder). Moga Allah permudahkan perjalanan aku dan rakan-rakan yang lain.

Sebenarnya semester ni agak tough actually. Bulan pertama semester ni aku rasa enjoy je dengan hidup sebagai student. Tapi bila dah start masuk lab, start buat thesis, start cari dan membaca jurnal, start buat assignment melambak dan start every week ada test aku rasa STRESS sangat. Bayangkan sebelum aku start belajar balik untuk semester ni, berat aku 54-55 kg. Tapi bila dah start STRESS (walaupun Prof.Muhaya cakap jangan cakap stress, cakap CABARAN), baiklah kita ubah. Bila cabaran tu datang bertimpa, berat aku dah mula turun ke 48kg! Tak kurus pun. Gemuk tau aku sebenarnya. ;-|

Okay. Start from FYP (Final Year Project). Tulis thesis dan every meeting kena submit dengan dua supervisor. Aku punya supervisor ni 'lain' sikit dari supervisor orang lain. Sebabnya kami dapat SV dari Iran yang 'statement' dia asyik berubah tiap meeting. Paling penting dia suka tengok Methodology terus. Sampailah last meeting, temperature room untuk testing aku berubah. Tapi aku bersyukur sebab dapat 'SV" which kawan aku yang buat PHD ni. Banyak dia guide. Yang paling penting RA memang sangat-sangat membantu. Menangis wei kalau RA tak ada nak buat lab sorang-sorang. Bab mix concrete, masukkan mold dalam oven curing dengan bilik polymer kat tingkat 1 dan bilik oven kat ground floor. Bayangkan! Buat compression test. Aku okay lagi nak buat alone. Tapi bab nak cuci mold mixer dan cube adalah satu bab yang aku boleh menangis sorang-sorang. Sebabnya, every mix kena cuci. Cuci berkilat ye! Bahan chemical memang banyak. Dah namanya Polymer concrete. Tidur malam pun masih bau Resin, binder etc. Hadiah dari buat lab ni, pimple membiak dengan senang hati di permukaan wajah. Tapi tak apalah, pengorbanan untuk PSM sebelum VIVA bulan 12 ni. Ada satu lagi lab untuk satu lagi jenis chemical yang aku kena buat .
Sebab tu aku berharap sangat RA aku tu dapat masuk balik. Kalau tak, memangis dik akak buat lab ni. Penat jangan cakap lah kalau kau tak ada dik. 

Alhamdulillah dengan segala kesulitan dan titisan air mata (aiceh) akhirnya dapat juga aku melepasi tempoh ni dengan selamat. Alhamdulillah juga tips sebelum exam dapat digunapakai dan minta maaf dengan semua orang pun adalah tips yang terbaik untuk menjawab soalan. Selain itu  tidur awal dan bangun awal buat tahajud, solat taubat dan hajat adalah tipsnya juga .Alhamdulillah sangat (aku bukan nak bajet baik dan alim. Tapi aku cuma ikut apa yang orang berjaya tu buat). Aku pun tak menjangkakan untuk dapat Dean List. Tapi cukuplah cgpa aku tak lower than 3.0. Itu je harapan aku. 

Akhir kata tinggal lagi satu semester dengan satu paper dan final project presentation. Huihh.Semoga dipermudahkan. Dan akhirnya aku pasti akan merindui zaman bergelar pelajar separuh masa ni. Cabaran memang tinggi. Orang cakap tabah sungguh. Disebalik ketabahan banyak duka yang tersimpan sebenarnya, ahakss. Tak apalah pengalaman hidup kan. Tapi betullah, bila dah tak ada buat apa hujung minggu dah terasa bosan sebabnya aku bukanlah orangnya yang betah duduk sesaje. 

"Allahuma Yassir Walla Tuaasir Ya Karim"





No comments: