Monday, July 15, 2013

Ramadan 6



Ramadan 6.

Alhamdulillah sebabnya dapat lagi menghirup udara, diberi pelbagai nikmat yang belum ditarik balik. Seminggu puasa ni ada je cerita yang menjadi ibrah buat diri. Ujian buat orang lain menjadikan diri sendiri kena fikir apa yang kita miliki tak selamanya kita genggam. Nikmat itu adalah Kesihatan! 

Lagi satu yang aku cuba kawal sekarang ni adalah update status di laman sosial. So far boleh lagi control. Cuma terlepas masa Jumaat lepas satu tweet. Haisyy, kalah juga iman aku. Nak scroll Time Line aku dah tak buat dah. So apa cerita terbaru aku tak tahu lah kan. Cuma kalau terasa nak tahu benda-benda yang positif, aku terus tengok Dr.Anwar Fazal punya wall. Actually ada pro and contra nya kita tulis tweet ni. Personally, aku cukup terkesan dengan apa yang beliau tulis. Percaya atau tidak banyak perubahan positif aku buat bila baca tweet beliau (oh skemanya ayat). So, banyak manfaat dah dia bagi kat orang lain. kalau aku pulak, sebab selalu tweet mengarut. Tak ada manfaat lah kan, jadi rentikan lah nak tweet-twet bulan puasa ni. Tak ada faedah, pahala pun tak dapat. Cuma kat IG je lagi aku tak kuat iman.Oklah, sehari satu gambar. 

ok sekarang tak ada idea nak tulis apa.....

Umum : Saya tak akan sesuka hati accept follower request. Bukan sebab apa. Retis memang tak lah. Bajet hot, memang tak lah. Usia sekarang ni saya tak rasa teruja nak bertukar web sosial. Kalau yang tanya pun, cakap tak ada je. Bukan apa, adakalanya ada benda-benda yang perlu dikongsi dengan tak semua orang. Saya pun bukan selebriti. Rakyat marhaein sahaja. Untuk yang lepas, kita dah ada kehidupan masing-masing. Segala-galanya dah saya maafkan. Dah bertahun pun. Tak perlu datang walau untuk bersahabat (saya ada reason kenapa dan mengapa). Alhamdulillah syukur dengan apa yang saya miliki hari ini. 


Goal setting aku juga Ramadan ni nak baca hadith. Meh nak share Hadith-16 (An-Nawawi)

Abu Hurairah r.a menerangkan nahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.a.w

"Berilah aku nasihat". Beliau menjawab, "Jangan marah". Maka diulanginya beberapa kali, kemudian Nabi bersabda, "Jangan marah!"

(H.R.. Bukhari)

No comments: