Wednesday, August 21, 2013

Compulsory Lab Week


Ini adalah sekadar nak refresh dua bulan lepas punya aktiviti. Sebabnya tersedar yang tak lama lagi dah habis belajar. Nanti mesti rindu. Kebetulan pulak, sepatutnya kalau 4 tahun lepas  kebiasaanya bulan Julai - September kitaorang ada semester pendek. Memandangkan kitaorang dah habis ambik subjek umum Universiti, makanya tahun ini kitaorang relax (kecuali mereka yang drop subjek tersebut semester-semester lepas ..;-p). Terasa memang banyak gila masa aku ni. Jadi petak bila wekend free dan lagi double petak bila tak ada aktiviti.

Lab wajib ni tak lah tertekan sangat macam semester lepas punya semester pendek. Sebab siap tidur kat utm lagi nak siapkan report yang tebal (personal dan by hand) even though buat dalam group. Kali ni lecturer relax-relax jek. Ada some part tak payah tulis. Itu yang best sikit. Tapi stress juga nak menyiapkan. Sebab aku rasa bila nak habis menulis ni. Sudahlah Sabtu tu ada SEMKA kat Melaka. Jumaat tu make sure kena hantar. 

Untuk sem pendek yang terakhir ni cuma ada lab concrete, environment, hydrology, Geotechnic dan Environment. 3 hari straight dah beres. Tapi nak menyiapkan report memang stress. Paling sedih kawan kelas aku. Lepas habis lab hospital call sebab wife dah nazak. Malam tu wife dia meninggal. Hari kedua tak datang. Hari ketiga dia datang lab dan action macam biasa. Serius memang tabah gila.  Ujian buat dia saat macam-macam komitmen yang serabut minggu tu. 



: Lab concrete:
Kira terer lah untuk lab ni. sebab PSM kan buat concrete...
Shuk baru beli kasut Timberland tu. Kesian kena mix concrete...(hahaha..gelak jahat)
Sebenarnya untuk satu cube itu je aku buat. Dari penyediaan sampai ke sudah, budak-budak lelaki yang buat. Diorangkan terer, kerja kat site. Cuma bab-bab nak ambik weigh tu, aku buat. 



: Lab environment:
Ni bajet-bajet je pakai lab coat.
Bau lab coat ni sangat tak menerujakan. Aku pakai sebab nak ambik gambo je.
Tau tak bau dia macamana? Maybe sebab tak hantar laundry, dengan bau perfume yang macam-macam orang pakai, aku nak muntah weh. 

Then lagi tak boleh blah, aku punyalah panggil sorang lelaki yang instruct eperiment kitaorang ni Prof, rupanya bila borak dengan satu lagi lab assistant, lelaki tu cuma technician jek. Caihhh, kemain tau guwe tanya beriya untuk buat experiment (oklah lagi). Siap tulis nama dia kat cover page report tu " Prof Z..." lagi tak boleh blah. 



: Lab environment:
Lab ni ada 6 experiment. Tapi biasalah, ramai yang jadi tukang tengok.
Masa ni dah hari kedua. Muka pun penat. 



: Lab Geoteknik:
Lab yang paling boring pada aku.Sebab tanah-tanah ni aku tak minat. Data yang nak ambik banak dan data result lembab sikit. Nak tunggu lama.Oleh kerana task dah dibahgikan kepada 5 orang untuk 15 experiment, aku memang tak ambik tahu untuk experiment kat lab ni. Kekonon je lah tgk masa diorang buat experiment ambik data. Tapi lepas tu bila nak salin report, kemain semua tak ngaku data dia ambik. Sudahnya kita tiru je data group lain.

Pencerahan: Teh memang tak suka ambik gambar. Dia pernah cakap kat aku masa zaman ada fb's dulu, dia suruh aku delete gambar-gambar yang ada dlm fb. Kata dia bahaya. Paraniod gila mamat cina ni. Teh kerja kat developer yang agak famous kat JB nih.

Second tu Epul. Dia kerja sendiri. Kontraktror dan buat macam-macam bisnes. Muda lagi dari aku. Dah kahwin dan ada anak sorang. Wife dia cikgu dan canti sangat. Dia okay. Cuma kerja dia kurang semegah sikit bila tang group. Selalu kena bebel dengan aku. In term of friendship, kitaorang okay je. Kuih raya mak dia sedap-sedap.

Last : Zul. Bisnesman juga. Kontraktor juga. Sejak-sejak dah tunang dia ni kemas sikit orangnya (siot je aku). Tapi dia ni pak lawak sikit.


p/s: kenapa aku tulis ni erk?? sebab one day aku baca balik..aku nak senyum-senyum sendiri. Masa tu mungkin aku dah lupa tabiat diorangni macamana...



No comments: