Wednesday, August 7, 2013

Goal Setting




Ramadan sudahpun melabuhkan tirainya. Alhamdulillah dapat juga merasai ramadan tahun ni. Mudahan-mudahan Ramadan tahun depan kita berjumpa lagi. Insah Allah. Amin. Semoga amalan sepanjang bulan ni diterima.

Sejujurnya Ramadan tahun ni aku letakkan goal setting. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi List Goal Setting sebelum Ramadan. Sekurang-kurangnya dapatlah aku follow dan sebagai guide. Terima kasih juga atas perkongsian Dr.AnwarFazal dalam blog dan juga twitter petua untuk khatam Al-Quran dalam tempoh sebulan ni. Sebenarnya seminggu sebelum Ramadan aku baru khatam Al-Quran (harap aku tak riak, tapi lebih kepada peringatan buat diri). Jadi aku plan untuk sekurang-kurangnya half quran aku baca waktu Ramadan. Alhamdulillah sangat, aku perasan sesuatu. Bila kita yakin dengan Allah dan determination kita tinggi dan niat kita baik, Alhamdulilah Dia akan bantu permudahkan. Lebih-lebih lagi sebagai perempuan mesti ada halangan dalam sebulan tu. Itu belum ditambah dengan sifat malas. Alhamdulillah, Dia tolong.

Senang cakap, Alhamdulillah aku boleh katakan 80% goal setting aku tercapai. Tak perlu aku list kan apa. Tapi Alhamdulillah sangat. Sebab aku tahu diri aku macamana. Kalau sifat malas tu datang, apapun tak boleh. Tapi gagahkan. 20% lagu tu aku anggap sebab aku khilaf. Ada hari yang aku tonton Running Man setiap malam. Sampaikan tertidur-tidur aku tengok. Kalau tertidur tengah baca Quran kan bagus. Bila kat office aku rasa penat dan mengantuk, aku tidur lagi. So semua tu kekhilafan diri sendiri sebagai manusia biasa.

Apapun, aku berharaf agar kesannya amalan tu selepas Ramadan. Adakah masih lagi sama sebelum ni atau pun berturutan. Semoga diri lebih istiqamah. Selamat hari raya dan mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga amalan kita diterima dan moga-moga doa kalian dimakbulkan tuhan.

So lepas ni goal setting aku ada lain. Insha Allah, semoga Allah permudahkan.


Ramadan 2010. waktu ni family tak besar lagi.
Sekarang dah beranak pinak..


Miza
29 Ramadan 1434H

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, ape yg dihajat dibulan ramadan tercapai. Istiqamah, insyaAllah...aminn... Anak-anak sehat.