Sunday, August 4, 2013

Seminar Kejuruteraan Awam



*Terkepam. Menulis cuma mahu satu hari nanti bila rindu boleh tengok balik. Walaupun masa tu mungkin nada pembacaan berbeza.


Salah stau syarat untuk grad adalah kena attend Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA). Kalau perdana (full time) lecturer adakan kat dalam UTM je. Tapi agaknya sebab kitaorang kerja dan berduit (kononlah) so diorang buat kat luar. Oleh kerana batch kitaorang ni ada kat Johor, UTM decide buat kat Melaka. Sebelum ni batch Johor tak ada (btw, kalau sesiapa nak ambik course Civil kat JB, kena tunggu batch kitaorang habis then baru boleh start batch baru kat JB), if tak korang kena pergi KL lah. Sebelum ni kebanyakkannya buat kat PD.

Sejujurnya kepenatan melanda. Sebabnya lepas final exam aku sibuk dengan program office. Lepas tu minggu depannya kena attend team Building Kementerian. Next weeknya  attend Lab Wajib dan wekend-nya attend SEMKA. Huiyooo memang tak ada rest. Atleast kitaorang duduk JB. Can't imagine diorang yang datang dari branch Perak, KL dan Penang kat JB waktu Lab week. Aku jangkakan almost (atleast) 1k sahaja  spend  untuk seminggu! Yelah, makan+lojing+transport. Tapi kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita kenalah sacrify lah kan.

Kebetulan aku kena drive pergi Melaka. Bayangkan tidur lambat sebab nak siapkan report lab. Planning nak bangun 4.00 pagi sebab nak gerak awal. Setiap satu jam aku terbangun. Takut terlepas punya pasal. Katanya agak strict lah urusetia SEMKA. Takutlah aku, semata-mata lambat datang aku kena repeat (ohh,,ngak mahu donk!). Cukuplah ni scarify 4 tahun setengah.







Gigih aku senyum dari belakang

Combination Student dari branch JB, KL dan Ipoh.



Sejarah classmate aku ni kan sejak 2009-2013
Hari register, ada lebih kurang 60+ orang
Hari pertama kelas dah tinggal 45/48 orang.
Sekarang yang kekal cuma 24 orang.
Yang betul-betul grad on time cuma berbelas orang...



Malam pertama haruslah pergi ke Umbai untuk makan ikan bakar.
Ironi nya memang kena pergi. Sebab lepas ni memang Tersangat sukar nak reunion macam ni lagi.
Ini pun tak ramai yang join. Almaklumlah yang ada bawa family kan.



Speaker memang best. Topic cover dari why we should continue study in UTM. Slot ni speaker approach we all untuk sambung Master. Then ada speaker lain untuk Structure, BEM, Sustainability, Environment, Entrepreneurship, DOSH dan Highway. Spekaer memang profesional sebab ada title Dato', Ir dan Dr. Tapi aku paling suka masa slot entrepneurship. Sebab dato' tu punya company sangat wide. Maybe sebab dia chinese dan sebab tu banyak taikon-taikon yang melabur dalam company dia. Tapi aku memang dari satu sudut teringin nak bekerja dengan bangsa asing. Lain tau feel-nya. Pernah rasa lah sebelum kerja gomen ni. Praktikal dulu dengan YTL Construction (best gila! team project Mr.Wong yang best). Then lepas diploma kerja dengan OMMAS kejap. Ada benda yang aku adopt bila dlm gomen. Especially bab penjimatan kertas. Tapi aku selalu kena marah, sebab duit banyak katanya.

Tapi lepas balik SEMKA kena buat report tau. 3 minggu lepas attend seminar kena submit.




No comments: