Sunday, September 22, 2013

Final year and final semester



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Finally reach final semester. This is real okay! Selama empat tahun setengah ni, asyik dok kira bila nak habis. Sekarang ni real. Hari ni kelas dah start. Tapi lagi dua minggu baru ada balik kelas. Semester akhir ni agak leisure. Bagi yang follow je skema subject setiap semester tanpa drop, semester ni paling relax. Satu subjek yang kena attend kelas. Thesis cuma follow up by meeting sendiri dengan supervisor. Sebab tu ada dua jenis sifat yang boleh aku kategorikan semester ni. Samaada semakin rajin ataupun semakin malas disbebakan pengurangan subjek yang tak macam biasa. Senyum..


Tadi berkumpul dengan kawan-kawan kelas, kitaorang duduklah cerita macam-macam. Paling penting semua merungkai memori sejak semester satu. Macamana bila ada kelas ganti lecturer ganti waktu hari biasa waktu malam. Kelas sampai malam. Kelas yang tak berhenti-henti. Dari kelas dekat M47, sampailah kelas kat C07 sampailah kelas kat N24 nih. kalau dulu setiap semester awal kelas tengok slip subjek dan mata kredit yang wajib ambik setiap semester dan pangkah. Sekarang semua tu dah habis. Ya Allah, relieve sangat. 


Disebaliknya mestilah ingat kesukaran, air mata, stress, pengorbanan masa, keewangan, sosial life disebabkan komitmen selama 4 tahun setengah ni. Ya Allah, semoga ianya berbaloi. Gaduh-gaduh manja dengan group. Stress dengan group (kalau baca balik penulisan aku kat dalam blog ni pasal group memang tak boleh blah). Tapi Alhamdulillah, can manage. Kalau nak diceritakan, memang banyak yang sedih dari yang gembira. Tapi inilah namanya cabaran dan akhirnya sampai juga penghujungnya. Itu  tak ditambah lagi dengan personal problem sepanjang belajar ni. well, Alhamdulillah saya berjaya tempuhinya. :-) kalau ikut hati yang tak tabah, dah lama drop. Tapi agaknya Allah tu sayang kan kita. Semua yang berlaku pasti ada himkah dan personally aku bersyukur sangat sebab dengan pengalamn itulah aku jadi seperti hari ini. 


Sedikit tips yang aku nak kongsikanlah. Inipun aku dapat tahun ni. Kiranya aku rasa kalau aku dapat buat dari semester satu, aku rasa aku dah boleh jadi best student with first class. Biasalah, dulu zaman full time aku boleh separate personal dengan fokus. Tapi bila dah berumur sikit, lain pula. Stress bercampur-campur dalam kepala. pernah menangis luar kelas sebab aku rasa macam tak boleh nak catch up apa yang aku belajar ni, tak macam zaman full time dulu. Okay back to tips.

Firstly walau apa yang kita buat, letakkan Allah tu nombor satu. Buat sesuatu tu kerana Allah dan fokus mana yang utama. keduanya tidur awal dan bangun awal. Bangun awal buat solat tahajud, solat taubat dan hajat without fail (ini kalau boleh lah). Then study dan siapkan assignment. Sekarang teknologi dah canggih kan, gunakan whatapps tu sebagai medium bertukar-tukar jawapan dan pertanyaan kat kawan-kawan yang pandai sikit dari kita. Baik-baiklah dengan kawan-kawan yang pandai. Sebab orang yang pandai-pandai ni selalu jumpa lecturer, selalu dapat tips bila nak test dan final exam. See, senang je kerja. Lepas tu usahakan untuk komited dengan apa yang kita dah dapat.

Bila nak final exam. Kalau boleh minta maaf dengan semua orang. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap, apa yang kita buat boleh buat orang lain terasa hati. Kemudian puasa Isnin dan Khamis. Lastly hari-hari exam tu minta doa orang yang kita sayang contoh mak abah kita, suami kita. Insha Allah memang akan berjaya. Aku ni cakap berdasarkan apa yang aku dah alami tahun ini. Alhamdulillah. letakkan kebergantungan pada Allah, yakin.  Bila aku baca cerita mereka yang berjaya, semua yang aku buat ni memang salah satu tips mereka. Lepas tu terus timbul, "kalaulah aku sedar dari sem awal, mesti aku dah dapat first class degree". Okay takpe. its okay, better than never lah kan.


Buat yang baru nak belajar dan pulak tu kerja hari biasa, sabar lah. Ini yang kita pilih dan kita kena buat sampai habis. Cabaran memang banyak. Kalau aku nak list kan satu-satu, memang tak habis. Korang kena tempuh sendiri. Tapi jangan sesekali give up. Kalau rasa tak mampu nak ambik semua subjek, droplah sikit-sikit (kalau tak nak grad on time). Tapi pastikan dapat group yang membantu, jangan malas cari nota tambahan, jangan lupa print awal-awal contoh soalan final exam kat libarary etc. paling penting jangan give up! Tak lama pun, 4 tahun setengah je okay. Bukan selama-lamanya.


Now aku dah habis lab. Alhamdulillah. Tinggal buat analisis dan siapkan writing untuk PSM. Subject untuk kelas pun cuma water quality index. Nampak macam senang (ni pun sebab budak KL ambik sem lepas, kiranya tips lah). Kitaorang aim nak dapatkan A+. Ada yang dah planning nak ambik Master. Teruskan lah impian anda. Saya sokong kawan-kawan. Saya nak membina keluarga dulu. aicehh. Impian tu akan disimpan juga. Tapi tak nak ambik in engineering kot. Doakan saya...Impian saya sebenarnya habis degree ni nak jadi Jurutera dalam goverment (je), i tak nak kerja dengan private. Berangan je lah kan. Tapi bila dah nak habis ni, aku rasa macam nak apply PTD atau Penguasa Kastam (W41) je lepas ni. Huahua..walaupun chances tu agak payah, tapi rezeki tu kan ditangan Allah. Impian je kan. 


Apapun, May Allah ease dan aku dapat memberikan manafaat atas ilmu yang aku ada ni untuk keluarga dan masyarakat. Amin. Good Luck Miza dan rakan-rakan. :-)


Untuk kak in, semoga dapat terus Jurutera dalam gomen. Apa yang berlaku ni sebagai satu cabaran dan pengalaman buat akak. Mungkin Allah tak bagi akak jawatan Asst Enginerr, tapi dia nak akak jadi Engineer. Have faith and keep looking in positive way...



No comments: