Wednesday, September 18, 2013

My PSM Journey




Minggu aku masuk lab balik. Tapi dalam masa yang sama aku pergi office juga. Kiranya aku kena lari-larilah. Pagi kat office petang kat lab atau sebaliknya. Ini adalah lab terakhir aku. Tinggal lagi 3 casting concrete aku dah habis methodology, lepas ni dah boleh buat analysis. Oleh kerana aku guna dua jenis resin, makanya ini adalah last resin yang aku guna. Apapun aku nak ucap terima kasih kepada bos dan kawan-kawan dalam office yang amat memahami dan beri kelonggaran untuk aku siapkan psm ni. Jasamu dikenang.
Okay let story my journey. Rasanya sama je macam previous lab masa bulan Jun. Cumanya kali ni aku dah lebih relaks, dah pandai adjust time nak preparation material, casting, curing  dan compression test. Dah tak terkejar-kejar. Stress pun Alhamdulillah dah tak ada. Terima kasih banyak-banyak pada adik RA (Research Assistant) yang banyak tolong akak ni. Kalau tak, mesti akak nangis buat sorang-sorang. One day mesti rindu momen terkejar-kejar ke sana sini. Momen jadi student ni memang seronok. Tapi lagi seronok  masa jadi full time student. Fikiran tenang, happy je tak fikir komitmen.
 
Ada satu part yang aku rasa nak gelak masa kat bilik compression test ni. Masa tu dah petang. Kitaorang actually sharing room dengan orang lain dalam lab CETU ni. Ramai researcher yang ambik Master dan PHD yang buat research. Aku tengah tunggu sorang adik ni buat compression. Tiba-tiba muncul man in black masuk dan tanya dengan muka yang ganas " this is my turn". Then budak ni reply " after me her" sambil tunjuk kat aku. "No No…I have booked first" dengan suara yang tinggi. Muka memang ganas. Oklah, then dia keluar. Aku gossip lar dengan adik ni. Then man in black ni pun gunalah lepas adik ni habis guna. Serius kesian aku tengok. Dahlah berlagak tadi, lepas tu terkial-kial nak setting mesin tu ikut dia punya mold. Then aku pun bermurah hati lah (almaklumlah rakyat malaysia kan baik hati) tolong dia lepas dia panggil aku "hey you, please help me". Mwhaha. Then aku pun godeh-godeh juga. Tapi tak boleh pergi. Nak tak nak aku panggilah kawan aku yang expert. Tapi yang tak boleh blah sebab man in black ni tetap berlagak cakap dia biasa guna mesin ni. Oh man, come on lah. Tak pelah. Aku positif je. maybe tadi dia stress masa buat casting. Masa dia buat casting (dia kena share room) memang muka stress sebab dia buat sorang-sorang.  Maybe dia dah penat kan.
 
Sekarang dah tak ada idea nak tulis apa. Wish me good luck. Tinggal lagi 3 bulan lagi (tak sampai pun sebenanrya) I nak grad Insha Allah. Then I nak focus membina keluarga pula. Ewah..Doakan saya capai goal setting. Goal setting yang I set kerana Allah insha Allah.
 
Miza

No comments: