Tuesday, October 29, 2013

Progress Final Year Project



Dah lama tak update journey PSM aku. Lagi dua bulan tak sampai nak viva (presentation depan panel yang garang). Last week ada meeting dengan supervisor. Actually kitaorang dah ter- skip nak jumpa dengan supervisor sebab semester ni macam makan angin je tiap minggu (sebab tak ada classs), maka hampir terlupa. Kebetulan supervisor saya memang agak busy. Mahu atau tidak kena cari tarikh lain untuk progress meeting.

Kitaorang yang satu supervisor dah siap buat lab. Makanya progress meeting kali ni lebih kepada presentation analisis (mana yang dah siap) dan present result lab. Lucky me kena buat amendment sikit dekat graf. Teliti juga diorang ni, almaklumlah saya kan tak pernah buat graph masa projek akhir waktu diploma. Kebetulan lagi, banyak statistik kena ingat. Pulak tu dah 2 tahun tertinggal. 




Ini bilik polymer kitaorang. Actually level ni memang ada beberapa bilik yang buat research polymer. Kiranya kami antara batch yang pioneer untuk polymer kat CETU Lab ni. Kalau tengah buat lab, memang siapa yang lalu depan bilik ni memang tutup hidup dari jauh. Itu belum lagi yang tegur kasi tutup pintu. Bau resin memang sangat kuat. Singgah sebelum sampai bilik meeting.

itu RA saya dan kawan-kawan. Namanya adik. Kitaorang datang lab ada time table waktu weekday. Dia ni banyak membantu. Budak ni memang rajin sangat. Lebih-lebih lagi sebab aku kena bermain dengan time, jadi memang kelam-kabut sikit. Tapi RA ni banyak menolong. Kalau tak, memangis saya buat konkrit sorang-sorang.




This is our supervisor. Prof.Ir Dr.Warid dan co-supervisor Dr.Ameer. Tapi Dr.Ameer tinggal lagi sebulan kat Malaysia. Lepas ni dia nak balik Iran dah. Fiza as PHD student (which is supervise kitaorang untuk PSM kami) sangat membantu. Aku rasa relaks PSM ni sebab kitaorang work as a group. Fiza memang banyak membantu even dia kadang-kadang emosi. Tapi seriously, dia help us a LOT!





Then kita kena belajar cara cepat writing thesis/FYP kat rumah Fiza. Itu husband dia, Dr.Azman. Pun banyak menolong kitaorang. Rupanya banyak item dalam WORDS Software yang kalau kita pandai guna boleh membantu kita siapkan thesis kita dengan cepat. Serious weh. So sesiapa yang nak belajar cara cepat writing report/thesis just let me know. Saya boleh tolong. At least, membantu. sebab saya pun dapat ilmu dari orang lain.


ok.bye!

P/s: macam biasa, pic tak edit.Malas

No comments: