Wednesday, October 16, 2013

Water Quality Field Work


Memandangkan semester ini agak santai. Kebetulan kitaorang pilih subjek elektif ni pun agak santai. Water Quality Managment. This is the only subject yang ada kelas semester ni. Kadang-kadang dua minggu atau sebulan sekali baru ada kelas. Sejujurnya aku bosan dengan rutin mingguan yang macam ini. Mungkin juga sebab dah terbiasa 4 tahun, setiap minggu aku ada aktiviti. Bila bermula rutin yang baru, aku terasa bosan tanpa sebarang aktiviti. Ni sesi meluahkan perasaan ke apa ni. The good one is, ada masa nak fikir benda-benda yang lain, ada masa dengan family (boleh lah) dan sepatutnya ada masa nak siapkan thesis. Ok, sudah.

Last week, schedule adalah work field. Walaupun sebenarnya kitaorang pun tak tahu scope subject ni secara detail macam kebiasaan, tapi boleh lah adopt. Sebabnya sebelum ni kitaorang dah belajar waste water mgmt, water treatment dan Environment Engineering. So, tak adalah rasa tercangak-canggak bila lecturer mengajar. kalau tak dapat A tak tahulah kan nak cakap. Orait, mulanya nak buat kat sungai melanau lau, sungai pulai lah. End up nak menyenangkan kitaorang decide sungai UTM je. Tak tahu pun dalam UTM ni ada hutan lipur yang cantik (bolehlah). 



26 orang je yang masih bernafas..Alhamdulillah. Walau kadang-kadang bertegang urat, end up baik jugak.
Gambar ni Poji yang susun. Dia memang terer susun orang bergambo ni. (puji ha, kau sikit)



Sebelum masuk sungai ambik sample dan cari binatang yang tidak bertulang belakang, baca doa dulu.
Macam biasa, Poji jugak yang baca. Kemain korang pakai boot bagai.



Sebenarnya kena ambik sample air sungai. Tapi sebelah ni tasik. Boleh lah. Aku posing kat situ sebab lepas ni turn group aku pulak test sample DO, COD,Temperature etc. 



Ni group assignment aku dari semester 1 sampai 9. Walau kadang-kadang sakit hati, nak marah, siap rasa nak tukar group, tapi tiap naik semester baru, group ini jugaklah yang aku pilih. Diorang ni bagus, tapi bab komitmen kadang-kadang hampeh. Kena follow up banyak-banyak kali. Penatlah kakak (sebab iols pun kadang-kadang malas). 

Ni gambo acah-acah je. Sebab nye kitaorang punya location tempat lain. Masa ni Mas tak ada sebab dia tengah confinement. Yang bagusnya group banyak lelaki ni, kau tak payah susah-susah nak buat kerja berat-berat dan kotor-kotor, serahkan je pada diorang. Tapi bab report kau lah yang kena buat. Aku konon siap pakai legging dalam jeans, kekonon kalau sing-sing seluar tu tak nampak aurat kaki. End up, i tak masuk sungai pun uols. hehehe...Diorang memang lelaki yang prihatin, ke aku yang pemalas aku tak tahulah kan.



Ni best. Makan rama-ramai. Lecturer pun join. Best Dr.Shamila ni. Sebelum ni dengar je nama dia. Ingatkan dia strict. Tapi baikkkk sangat. Plus dia still young okay. 



Ni bajet bajet poyo. Kena ambik bacaan TSS, BOD, Ammonia untuk test sample yang kitaorang ambik tadi. Lab environment ni lain dari lab material/concrete. Lab ni bersih. Lab aku memang bau resin, concrete bagai.



Ni lintah (apasal aku nak mention pulak kan). Macam ni, kalau ada lintah dalam sungai tu, mean air sungai tu kotor. Hasil dari test sample kat lab pun, bacaan ammonia sungai lebih tinggi dari air tasik. Mean sungai ni memang kotor. Might be juga lepas hujan, sebab air yang masuk dalam sungai ni datang dari pelbagai sumber. Tapi lecturer aku tak bagi ambik binatang ni masuk dalam report. Ha...i get it kalau dalam pekerjaan dunia sebenar. Jeng jeng..(siapa yang kerja dgn Jbtn Alam Sekitar tu). Apa yang aku ingat, masa belajar subject environment dengan Dr. Bad, dia cakap tasik biasanya kotor. Sebab tu adanya eutrofication. Sebab tu kandungan BOD (biochemical Oxygen Demand) lebih tinggi dan kadar Oksigen menjadi rendah. Tapi sungai sebaliknya. Tapi bila test sample yang ni pulak, aku rasa macam berbeza jek. Tapi might be ada faktor lain.


Next field works adalah wetland. Konon nak pergi Putrajaya. Tapi jauh nau. Decided pergi Benua paling selatan dalam Asia Tenggara (Tanjung Piai).


p/s: gambar malas nak edit. So semuanya no filter.

No comments: