Tuesday, February 18, 2014

Deja-vu + Syukur



Hampir sebulan dah menamatkan pengajian dan kembali kepada rutin seperti biasa.

Alhamdulillah bersyukur dengan perancangan Allah.

Aku tak tahu apa yang Allah dah rancang dan sedang rancangkan. Tapi aku rasa ada perancangan baik yang Allah telah aturkan. Aku cuma bersangka baik. Akhir-akhir ni aku selalu jumpa dengan kawan-kawan yang pernah aku bekerjasama 6 tahun lepas. Selama aku habiskan zaman belajar, aku tak pernah pun jumpa diorang. Walaupun aku ada je kat JB ni!

Haritu terserempak dengan Shankar kat kedai makan. Tak pasti dia kenal aku lagi ke tidak. Tapi aku agak samar sebenarnya, cuma dalam hati macam kenal. Tapi bila tengok jaket Lafarge Concrete (he is engineer kat sana), aku rasa ye dialah orangnya. Kemudian jumpa Gobi kat guard apartment yang aku duduk. Oh, famili dia kan buat bisnes safety guard ni. Tapi just say hi, sebab aku nak masuk dan dia nak keluar.

Tadi pergi beli makanan dekat arked larkin, aku terperasan satu perempuan ni. Rancak borak. Cantik pakai tudung. Lepas tu aku amati betul-betul. "Liza!!". Spontaneous sebenarnya. Dulu free hair, masih cantik seperti dulu walau dah ada anak dua. Automatically aku teringat nama husband dia, Dushi. Sebenarnya week adik aku kahwin, aku pergi pasar kota terjumpa dengan Jepun dengan wife dia. Yang mana kawan-kawan kitaorang suatu masa dulu. 

Kalau nak ikutkan, banyak dah memori aku lupa dah. Tapi bila terjumpa depan mata baru teringat nama. Sebenanrnya aku rasa macam dejavu lah hidup aku sekarang. Sedikit. Kadang-kadang terfikir apakah perancangan Allah nak tunjuk ni lepas aku habis belajar ni. Aku harap benda yang baik-baik je.

Ita pun dah masuk second baby. Oh, cepat sangat masa berlalu. Dan aku dah banyak ketinggalan banyak benda.

Buat seseorang, terima kasih kerana terima saya seadanya dari sisi kekurangan saya. Terima kasih kerana cuba faham saya. Kita sama-sama tak sempurna dan saya belajar untuk fix it . Terima kasih S.  Moga Allah pelihara apa yang dibina. (*sebak)


Pagi tadi dah dapat list graduan bulan Mei ni. I'm one of it!! Alhamdulillah. Tak dapat First class (tak terer kan). Tapi Alhamdulillah dapat 2nd Class Upper which is within my target untuk terus ke next level kerja dengan gomen. Dari 72 orang course Civil Engineering yang grad Mei ni, cuma 13 orang je yang dapat 2nd class upper. Sebak sangat dan terus buat solat syukur, Alhamdulillah. Kalau siapa yang belajar dekat UTM, you know how difficult is it. Syukur Alhamdulillah.


Bila aku bermonolog sendiri, aku terfikir janji Allah itu benar. Dia akan beri pada masa yang tepat dan terbaik dan dia tahu apa yang terbaik buat hambanya. 






Bulan &Matahari. Dedicate to S

No comments: