Friday, February 21, 2014

Pekan Baru - Hari Kedua



Sambungan kisah di Pekan Baru. Ini hari kedua.


Oleh kerana kepenatan semalam, lepas subuh tidur balik. Lebih kurang pukul 10 pagi macam tu baru siap-siap dan turun bawah untuk breakfast. Makanan memang banyak dah habis, tapi tak lama tu diorang top up balik. Makanan dia so-so lah, boleh lah makan. 




Ready to shopping and enjoy scenery!
Bilik hotel dia ok lah. Nyenyak aku tidur kot. Konsep aku kalau pergi tempat orang, aku tak adalah demand untuk terlalu selesa sangat. Asalkan tempat tu selamat, selesa dan boleh tidur. Sebab yang pastinya bukan nak duduk dalam bilik 24-hour. Depend on your budget lar. Tapi Amaris Hotel ni recommended !




CIMB pun ada kat sini. Tapi make sure kena inform call centre.
Tapi tak pastilah masa ni, Alin tak dapat guna kad dia. Kesian, tak tahu kenapa.Telefon call centre kat KL dia cakap tak ada apa-apa masalah. So untuk lebih selamat, siap-siap tukar kat tempat kita.




Pakej Manicure and pedicure!
Petang semalamnya dah riki-riki pakej kat sini. Boleh tahan murah lah. 
Lebih-lebih lagi Alin ni memang jenis suka massage. Kitaorang customer yang pertama hari tu.



Lama gak nak siapkan benda ni. Best.
Lebih-lebih lagi sepanjang nak siap ni, diorang ni asyik borak je. Ramah-ramah. Lagi-lagi si Alin  ni melayan. Banyak benda yang diceritakan.




Pukul 12 baru siap manicure and pedicure, makanya kami pergi ke Ramayana yang betul-betul terletak kat barisan depan kedai manicure and pedicure ni. Ramayana dan sekeliling kawasan ni memang gedung pakaian. Memang murah!




Bila terlalu banyak pilihan memang rambang mata. Aku tak shopping sangat. Cuma shopping tudung bawal je. Bahagian bawah Ramayana ni memang panas sikit. Tapi okay je pada aku. Senang cakap Ramayana ni memang ramai sangat pengunjugnya. Lagi paling penting sebab tak ada orang Malaysia pun kat sini. Paling penting kena pandai bargain!



Ini kedai jahit tepi kain. Semalam kan beli kain untuk tudung. Makanya ke sini baw shawl yang dah siap potong tu untuk dijahit. Nama kedai ni kedai Adi. Satu-satunya kedai jahit tepi kat sini. Sehelai lebih kurang RM 1.50. Boleh lah.



Agak lama juga kat dalam Ramayana. Just imagine, lepas habis kat bahagian bawah, pergi bahagian atas yang ada air-condition. Lepas tu pergi lagi kat kedai-kedai kaun deret tu. Gila murah, sempat sambar 4 meter kain buat baju. Lebih kurang pukul 3 lebih petang baru cari makan tengahari. Tak ingat nama kedai ni. Tapi kedai nasi padang. Boleh tahan sedap lah. Tak adalah mahal sangat.

Kalau nak cari DVD bajakan, luar kedai ni banyak.




Kemudian, sambung lagi pergi kat Pekan Baru Mal. Area-area tu jugak. Teringat sebab nak beli ole-ole avocado dan kerepek bawa balik untuk officemate dan kawan-kawan.

Saja snap gambar ni, sebab banyak gila jajan buatan Malaysia ni kat sini. 



Teman Alin pergi beli hand phone kat sini. Masa kat saloon tu, budak tu punya HP unik. Sebab bentuk kereta, jadi dia pun teringin nak beli juga. Ini orang memang gila gajet. Aku beli casing je sudah.




Inilah kedai kudapannya. Memang banyak sangat pilihan, betul-betul depan pasaraya dalam mall ni. Aku punya shopping kerepek ni sampai lupa yang tak ada booking untuk extra kg barang kat flight. Dalam kepala dok ingat nak beli avocado kat depan kedai ni jek. Tapi bila Alin nampak aku excited suruh budak kedai ni bungkus lebih 10 pcs kerepek dia terus cakap " oii, ko tu jangan lupa, kita tak boleh lebih 20 kg ek barang kita"
Habis je ayat tu, aku tergamam dan Turn off langsung nak shopping. :/ terus tak jadi nak beli avocado bawa balik.....



Yea...berkotak kerepek!
next time datang sini memang harus bayar extra untuk barang.



Balik ke hotel boleh je jalan kaki. Tapi sebab sedar barang banyak, makanya naik opel (macam tu bunyinya). Best jugak. Satu kepala Rp 3000. 



Waktu malam Titien dah janji nak bawa kitaorang makan satay podeh kat area town.
Dia ambik kitaorang dan bawa pergi sini. Titien cakap agak famous lah tempat ni walau macam warung tepi jalan je, tapi bersih tau.



Satay padeh!
kalau ditanya yang mana sedap antara air dan satay ni, aku akan cakap air botol tu sedap.
Kuah dia biasa-biasa jek. Satay ni nipis je dan tak ada rempah perap. Satay kita lagi sedap. Tapi serius weh, satay ni agak famous kat sini. Cepat je habis.



Aku ada baca dalam previous blog, PB tak ada yang best sangat. Habis je makan kitaorang decide untuk jalan-jalan around town. Apa yang aku nampak dan Titien akui sendiri, remaja dan belia kat sini appreciate sangat malam minggu. Kat sini boleh nampak orang lepak-lepak. Diorang panggil liburan. Motosikal pusing-pusing keliling memang sibuk. Macam gambar kat atas, relak je duduk tepi jalan, buka kedai  dan lepak. Kalau tempat kita baik lepak mamak kan. 



Jalan-jalan jumpa kawasan orang jual bunga. Konsepnya begini kata Titien, bagi pada pacar atau bagi pada kawan. Benda ni memang biasa malam minggu. Syok tau tengok.




This is great expereinces babe!
keliling bandar naik speda. Agak gayat sebab basikal twin kan. Lama-lama okay. Seronok!



Kemudian jalan lagi, jumpa satu cafe ni. Namanya Maroon Cafe dan hanya satu-satu yang ada live band! Haruslah singgah kot. Aku sukaaaaa...Walau perut masih kenyang lagi, tapi demi live band kan. Masa ni diorang tengah promote untuk konsert Afgan kat sini Next weeknya. Boleh tahan lah orang-orang Indon ni, berbakat.

Kebetulan aku tengok dress up orang-orang kat sini menarik. Yang pakai tudung pun boleh tahan. Yang up to date dan modern pun boleh tahan lah juga. Sebab tu aku cakap, ni pandangan mata aku selama 3 hari kat sini, perempuan kat PB ni kebanyakannya memang cantik. No doubt okay. Ni pandangan mata perempuan aku. Bila aku puji-puji diorang macam artis, kawan Titien cakap macam ni " alah, kat PB ni kalau malam liburan mmg mcm ni. Semua nya nak macam artis pakaiannya, malas nak tengok" hahahahha.....




Walau tak pakai helmet pun boleh ye. 
Walau belia ni berseronok dengan macam-macam aktiviti malam minggu, pak polisi tetap ada. Cuma monitor sahaja. Kalau ada gaduh ke, baru datang. Satu benda yang aku nampak kat sini, no accident!! no rempit...

*kawasan ni kebanyakkannya office kerajaan.


So pendapat aku, Pekan Baru ni tak adalah boring sangat. Ok lah. Boleh difikirkan untuk datang lagi. Barang murah, layanan mesra dan tempat ni aman. Hope dapat membantu untuk mereka yang nak pergi Pekan Baru. Paling bagus kalau di entertain orang local. serious Titien ni memang bagus. Aku rasa untuk malam minggu punya entertain je, no cent yang aku dan Alin keluarkan. sebab tu kitaorang selalu cakap, kalau Titien datang Malaysia dengan family dia, kitaorang akan layan dia elok-elok.


bye! 



No comments: