Thursday, February 6, 2014

Pekan Baru, Riau- Day 1


Cerita ni awal bulan Januari yang lalu. Tujuan pergi ke daerah ini adalah disebabkan oleh tiket AA yang murah bulan November haritu. RM 75 pergi balik. Mula-mula nak pergi sorang, saja nak mencuba penglaman berjalan sendiri. Lagipun aku fikir PB ni macam Batam yang aku pergi balik hari jek. Tapi bila kecoh dengan Alin, dia pun nak join. So dia uruskan hal booking tiket. Aku bab hotel dan  itinerary. Masa buat keputusan nak pergi tu tak fikir pasal final exam tau. Sebab aku jangkakan time tu aku pergi exam dah lepas. Tapi bila dah sampai waktunya, hari aku balik esoknya aku exam. Cuak mula-mula. Tapi aku fikir semula sebab subjek ni agak mudah nak catch up dan aku rasa aku boleh buat. Lagipun tak sampai hati nak cancel, sebab dah pernah cancel masa nak pergi Phuket dengan Alin pertengahan tahun lepas. Makanya aku angkut sekali buku ke sini. Agak skema, tapi kena buat jugak. Tapi yang nyata, hati aku nak pergi tu tak ada sebenarnya. Aku terkejar-kejar nak pergi Seremban. Dengan nak hantar final report PSM, CD bagai (nanti cerita). Okay, kembali ke cerita asal.

Sebenarnya bila aku google, tak berapa banyak informasi tentang Pekan Baru ni. Lagi pulak, tak ramai kot orang kita yang sampai kat sini. Tapi aku suka pergi tempat orang Malaysia tak ramai pergi. Tapi mujur ada saudara officemate aku kat sana yang willing nak tolong kitaorang. Lega sikit.




Perjalanan ke Pekan Baru tak ambil masa yang lama dari LCCT. Lebih kurang 45 minit. Dalam flight kita kena isi siap-siap form ni. Lebih kurang macam nak masuk Singapore lah kan.



Yang bestnya Lapangan Terbang ni sebab ada bas angkut penumpang. Kalau orang sini diorang sebut "Bandaran". Kurang pasti kenapa. Kalau kita sebut Airport je kan. Salah satu sebab agak jauh lah dari terminal dan infra dia agak tak cantik. Kalau kat LCCT memang jauh, tapi jalan cantik dan susur gajah disediakan. Sini memang bolong habis.




Ini Titien Kartika. Ponakan officemate aku. Kiranya dialah yang banyak bantu kitaorang kat sini. Dari kitaorang sampai, hingalah kitaorang balik. Sanggup datang dari Bukit Tinggi untuk entertain kitaorang. Itu belum lagi sebulan sebelum asyik message aku hari-hari tanya jadi tak nak datang. Bila call aku tak angkat, sebab aku tengah busy dan aku kesian kat dia. Tapi bila datang sini dan baru tahu dia pun kerja kerajaan juga. Bukan ala-ala je macam yang aku fikirkan. Rumah dia besar baq ang kat Pekan Baru ni. Tapi sebab aku dah booked siap-siap (tak kenal lagi dia masa tu), jadi tak stay rumah dia.

Oh ya, kitaorang menginap di Amaris Hotel. Agak dekat dengan bandar dan segala macam. Belakang tu bangunan hotel.




Keadaan persekitaran dari Bandara ke kota Pekan Baru. Biasa sahaja. Tapi tidak begitu macet macam Jakarta. Tapi bagi aku lagi best daripada Batam.



Singgah beli keropok tepi jalan. Banyak gila si Titien ni tapaukan kitaorang. Tapi malam-malam tu buat kudapan sedikit lah.



 Kitaorang makan kat kedai ni. Si Titien lah suggest. Sebab ini orang sangat peramah dan gila baik hati, dia ajak sekali pak supir tu join makan. Tapi serious tau, pak supir tu canggih sikit. Sebab gajet dia banyak. Kemas dan handsome sedikit. Masa nak bayar berebut dengan si Titien nak bayar. ini orang semua dia nak bayar weh. Memule cuak jugak kan. Yelah tipikal orang Indon kan memang dia akan baik yang ada makna. Tapi sampai hari terakhir, persepsi aku silap benar. Ini orang bukan ngemis. Masa bayar ada lebih aku pulang kan kat dia siap dia cakap " ala, aku bukan orang miskin nak kasi-kasi. Ngak papa"..



Destinasi seterusnya pergi ke Pasar Bawah. Kat sini banyak barang dapur, aksesori perempuan, beg dan sebagainya. Harganya boleh tahan. Kalau nak cari cenderamata, sila pergi sini.



Antara brooch yang dijual di sini. Serius cantik dan berkualiti juga murah.  Apa yang aku nampak, tempat ni memang dijadikan tempat orang tempatan membeli-belah secara tawar menawar. 


 Kain-kain dia pun boleh tahan cantik dan murah. Tapi sebab aku ni jenis bukan dalam list dan kalau bajet tu ke lain, aku fikir sepuluh kali juga. Lagipun memang tak buat pun untuk barang lebih 20kg.




Kerepek pun banyak gila kat sini. Banyak juga jajan-jajan Malaysia kat sini.



Kat sini banyak juga kedai kain. cantik-cantik. Kalau niat aku datang sini nak buat bisnes, aku dah borong banyak design kain untuk buat shawl tau. Serius weh, cantik-cantik. Aku tak ingat lah berapa ribu rupiah satu meter, tapi memang murah gila. Kedai ni opposite Ramayana. Tapi deret Ramayana tu pun banyak kedai kain, ala-ala dekat Nilai lah kalau tempat kita.




Lepas tu aktiviti adalah pergi ke mall depan kedai kain tu. aku lupa nama. Boleh tahan lah dalam ni. Aku suka tengok fesyen perempuan kat sini. Yang pakai hijab memang berfesyen habis. Tapi kata Titien kat indon tudung ni dah jadi satu fesyen je. Tapi serius weh, perempuan kat sini memang cantik-cantik. 


On the way balik hotel terjumpa gerai tepi jalan. Banyak, macam-macam ada. Yang penting tak akan makan kat tepi jalan yang tak proper ni. 



Pemandangan biasa. Kata Titien dah macam sindiket. Tapi aku kesian gila pakcik ni duduk kat situ dari pagi weh. Dia punya wheel chair tu sendal batu. Aku kasi dua keping syiling Rp 500 jek. Lepas tu pakcik tu jeling kat aku. Lepas tu baru aku perasan itu bersamaan dengan RM 0.01 kat sini. Mwhahaha. Tak kelakar lah Miza. Titien pesan, jangan layan sangat orang macam ni. Tapi sejujurnya pemadangan pengemis ni agak kurang lah kat Pekan Baru ni.




Jalan-jalan lagi ternampak kereta ni. Comel bak ang!



Petang tu lepas berjalan dalam mall, jalan kaki balik hotel. Kebetulan hadapan hotel ni Masjid Agung/An-Nur yang agak famous di Pekan Baru. Kitaorang terus melangkah pergi sini walau dari pintu belakang. 

Macam yang aku baca dalam belog lain sebelum ni, masjid ni agak popular dengan pelbagai aktiviti waktu siangnya di perkarangan masjid ni. Macam-macam ada.Tapi aku ada pendapat tersendiri lah tentang hal ni. Kalau kita ingat balik zaman Rasul dulu masjid memang digunakan dengan macam-macam aktiviti kan.




Pemandangan Masjid Agung dari hadapan. sebahagian sahaja nampak dalam gambar ni. Kalau ikutkan bagus tempat ni dijadikan pusat rekreasi, tapi aku rasa kalau tempat ni dijadikan tempat merendek macam tak sesuai. Itu yang aku nampak lah dengan mata aku sendiri. 



Masuk masjid sebab nak tengok suasana dia macamana. Alhamdulillah memlilau juga nak mencari mana ruang solah muslimah. Nasib ada penjaga Masjid ni yang bantu tunjuk.




Macam-macam aktiviti ada. Dari sukan sampailah berniaga. Aktiviti famili pun banyak. Tapi kalau berangan nak beli tudung ke, baju ke, baik beli kat Ramayana atau pasar bawah. Sini harganya agak mahal. Kat sini juga ada karpet kat atas lantai dalam masjid yang ada dua laluan. Kalau pakai selipar lalu dekat simen tu, kalau karpet bagi yang buka selipar (ni aku tak pasti betul ke tak) sebab orang kat situ yang cakap.

sekitar pukul 6 petang waktu Indon (7 petang waktu kita), biasanya akan ada announcement supaya segala aktiviti di halaman masjid dihentikan dan bersama-sama solat maghrib. Bagus disitu ya!



Aktiviti malam pertama ni duduk sahaja di hotel. Itu kudapan yang banyak gila si Titien ni belikan untuk kitaorang. Usik sikit je sebab dah kenyang siang punya makanan.


Skema okay. Pergi holiday bawa buku. Serius memang aku study. Siap whatapps Aju untuk dapat tips. Agak membantu lah di situ. Kebetulan malam tu ada rancangan Indonesia Idol kat RCTI dan aku dok melayan sampai 3 pagi. Balik JB, tiap Jumaat buka channel Indon tengok rancangan ni.


Oh ya, lagi satu jenis plug kat tempat kita 3point kan. Kat sini 2 point. Jadi kita kena beli soket tu kat mall dengan harga yang tak sampai RM 5.



okay sampai di sini sahaja. Kalau rajin, nanti akan ada part 2 dan seterusnya. Diharap dapat membantu bagi sesiapa yang mencari info berkenaan tempat ini.





No comments: