Sunday, April 19, 2015

Kembara Geng Pukin- Trans Gunung Yong Yap -Bubu -Tok Nenek Part 1

Assalamualaikum.

Sedikit catatan peribadi ke XPDC Trans Yong Yap- Bubu- Tok Nenek selama 4 hari 3 Malam.
Actually, i decided utk pergi trip ni lepas raya dengan satu group ni. Tapi entah macamana, rezeki berpihak dengan ORA (Outrange adventure), so kita seal date dan join. Aku carpool je dari JB dengan Lan then ambik Alin yang baru landed dari Nepal (trip ABC). Tabik spring lah kat minah ni, landed jek tidur kejap terus pergi trip trans pulak.

Kitaorang bertolak lepas waktu kerja pukul 6 macam tu. Ada beberapa check poit lah berhenti sebab masing-masing balik kerja terus shoot pergi cameron. Adalah beberapa kali berhenti sekejap kat RnR untuk cuci muka, secawan kopi dan akhirnya pukul 5.45 pagi juga sampai Masjid Kampung Raja yang mana tempat berkumpulnya para line up. So, kami solat subuh, mandi-manda di sini. Masa sampai sempat lagi tidur sekejap, tengok kiri kanan pun banyak kereta yang tidur dalam tu. Sampai azan subuh baru bangun. Orang yang pertama aku kenal dalam trip ni adalah Fiza. Sebab jumpa kat dalam surau.




Pembahagian ration pada semua line up kat Sekolah Rendah Kampung Raja


Kemudian Amir selaku gogo arahkan kitaorang berkumpul dekat sekolah Rendah Kampung Raja. Kat sini baru nampak muka masing-masing. Baru nak berkenalan. Oh rupanya perempuan 4 orang jek daripada 18 orang. First time aku join group yang aku tak kenal sangat dalam tahun 2015. Tapi kalau ikut research (kemain) yang aku buat, ORA ni group established. Pagi tu kami bersiap sarapan di kedai melayu dekat area surau Kampung Raja. Kedai akak tu jek lah kot famous. Sebab dulu waktu gi Trans 3boundries-Charlie-Yong Belar pun, destinasi nak tapau makan kedai akak tu jek lah. Sebab area ni rata-rata cina pagi-pagi meniaga macam pasar tani tu. Amir cakap cuma tapau, tapi bila dah sampai kedai semua orang dok duduk makan. Hihi, maaf gogo power kami lapar. Then dalam pukul 9 lebih sikit macam tu kami naik 4x4 pergi ke starting point. Maik aihhh, jauh kot. Dekat sejam juga kematu buntuit aku duduk belakang hilux sempit-sempit dengan bag yang berkilo dan 6 orang kat belakang tu. Padan muka sendiri sebab nak sangat duduk kat belakang. Diorang offer duduk dalam hilux, tapi aku tak mau.konon perasan macam kejap, rupanya lama kot nak sampai kampung orang asli tu.-___-



Starting point adalah di kampung asli Kampung Kuala renggi. Sebelum memulakan perjalanan, kami buat lah apa-apa yang patut. Buang air ke apa. Then buat sedikit stretching, baca doa dan short ice breaking sebelum start trekking. Kami melalui Kampung Orang asli dan gogo jumpa tok batin kampung tu. Borak-borak sikit dan we start our beautiful journey.








Perjalanan kami melalui trek yang biasa dilalui oleh orang asli. Sebelum jumpa anak sungai pertama, lebih kurang 30 minit macam tu. Then kami terpaksa melintasi beberapa anak sungai. tak sangka banyak sungguh anak sungai. Last time meredah banyak anak sungai masa pergi Gunung Besar, tak sangka pengalaman tu terasa lagi. Tapi lagi advanced. 







 Then sampai satu trek tu, ada pokok buluh yang ada lebah. Kebetulan aku jalan tengah-tengah dah perasan dah. Yang bahagian belakang ada yang kena. Then lepas dah mendaki 30 darjah tu, kami berehat lebih kurang 10 minit sebelum teruskan perjalanan sampai ke sungai tali oren. Kat situ kitaorang ambik air. Tengah sedap borak, makan gula-gula bagi energy, buang ayaq (hakim) open air, hujan turun. Nasib tak lebat. Meredahlah kami hujan-hujan tu sampailah ke lokasi makan tengahari. Berhenti kat kawasan trek juga. Kata Amir itu kawasan last water point. Aku memang penat gilaaa, fuhhh. Konon nak tidur sekejap. Dapatlah lelap 20 saat. Then nampak ajis dengan Amir masak. Satu benda yang aku suka group ni, diorang memang lincah. Sampai je lokasi, terus prepare barang masak dan terus buat kerja. Kat sini juga kitaorang buat solat jamak. Lunch kitaorang mee kari. Kekonon nak makan sikit jek, tapi bertambah juga gua. Serious sedap. Masa ambik wudhu dan basuh muka kat anak sungai tu, ada rerama kaler purle kat situ. Nak tegur tapi teringat banyak kisah tentang Yong Yap ni, terus batalkan hasrat. 

 
Kat area ni lah diorang kena sengat tebuan


Our first 10 minute break


Our second 10 minute break. Itu Ramli. Kelako juga mamat ni. Dialah pencetus nama geng Pukin ni.


Ni tempat lunch, mee kari ajis + amir sedap, solat dan tidur kejap.

 Kemudian kitaorang berjalan lagi menuju ke destinasi Campsite Agas. Kitaorang jumpa juga trek tanah runtuh, balak dan trek mendaki 35 darjah macam tu. Sebab ada tanah runtuh dan balak tumbang, kalau tak pernah pergi, memang tak nampak trek. Tapi nasib ada gogo merangkap guide berpengalaman, semua tu bisa diurus. Akhirnya pukul 5.30 petang kitaorang sampai ke campsite Agas. Aku boleh summarize kan yang trip ni memang laju. Pace antara kami pun tak jauh sangat. Sampai-sampai jek terus set up fly dan geng masak terus masak malam. Kitaorang ambik peluang untuk bersihkan diri.  Sebagai perempuan agak susah jugak kot nak cari tempat nak mandi. Jauh gila kitaorang cari port nak buat projek <_>. Makan malam pun awal. Tapi seriously bila dah malam je, agas memang banyakkkkk gila. Memang kitaorang elak pasang headlamp bagai. Nak borak pun tak selesa. Tapi sebelum membuta sempatlah dengar cerita Alin masa kat Nepal.Diorang dok bercerita aku dok tidur pukul 9. Seriously malam pertama ni aku betul-betul lena. Sedar-sedar pukul 6 pagi.
















Sekian untuk pengalaman hari pertama. Kalau rajin tulis hari kedua dan seterusnya. Nak tulis hari pertama ni pun dah berminggu dalam draft. 



3 comments:

TREX vtr said...

Wow menarik cerita ni..
baru hari pertama, dan hari2 berikutnya,
kalau dah siap bagitahu ya.. boleh saya share.

andy nafiz said...

TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
Mount guider services (TG9624)
Will arrange:
-forestry permit
-police report
-nature guider licenced
-walkie talkie
-emergency kit(basic)
-4x4 transport to trailhead

ANDY
017-9997790
whataps/sms/call

Hakim Aziz said...

secara keseluruhan, agak-agak susah & mencabar tak trek nih ?