Saturday, October 3, 2015

Travelog: Backpacker dari Lombok ke Bali Part 1



Hello and Assalamualaikum

Mood nak menulis kembali.Tapi tak pastilah berapa lama akan bertahan. Half way menulis kalau mood tak okay, pun boleh jadi isu sekejap jek bertahan menulis.Mwhahaha...



7 September 2015

Memandangkan kami bermalam setelah habis pendakian Rinjani di home stay yang terletak Taman Sari Home stay di Bangsal, kami memilih pelabuhan Bangsal sebagai titik tolak bagi perjalanan backpacker Lombok-Bali ini. Pada mulanya kitaorang didatangi ulat yang berkeliaran kat situ. Hampir lah kena tipu, dia bagi price Rp750Ribu Rupiah ke Gili Trawangan sebelum transit ke Bali.
Kitaorang decide beli kat kaunter je. Sebab rasa macam mahal gila.

Harga Tiket ke Gili Trawangan (transit) = Rp 85,000 (fast boat). 



Pemandangan di kantor jualan tiket. Pengangkutan kuda agak meriah di sini. Bukan di daerah ini saja, malah kebanyakan tempat di sekitar Lombok



As you can see, kalau kita masuk je kat dalam kantor tiket ni, ramai ulat yang akan mengerumuni dan memberi kata-kata gula supaya kita ambik harga yang diorang tawarkan. Beware! 



Harga tiket fast boat dan masa perjalanan




 Our first capture dalam boat. Condition boat tu macam ni lah. Boat tak besar, tapi tak sempit. Aku tak sure kalau diorang kat sini separate antara local dan international, sebab masa boat ni sampai diorang panggil yang pakai pasport guna boat ni.

p/s: Unsur akan gelap glita jelas kelihatan


Perjalanan dari Pelabuhan Bangsal ke Gili Trawangan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Boat singgah di Gili Mano dan Gili Air untuk mengambil penumpang lain sebelum sampai ke Trawangan. Aku berangan nak tidur dalam fast boat sebab memang mengantuk ya amat. Tapi belum sempat dapat feel boat dah sampai ke Trawangan. My first expression bila keluar dari boat tu "Cantiknyaaaaaaa". Serius Gili Trawangan memang punya pantai yang cantik. Macam dalam mimpi pulak boleh sampai kat tempat ni, sebab selalu tengok dalam Instagram orang lain.

Zarul awal-awal lagi dah ingatkan kena cari tiket dulu sebelum kitaorang sight seeing, makan dan solat. Seriously macam terkasima kejap dan kau boleh ralit sebab tempat ni memang cantik. Aku boleh gambarkan yang tempat ni agak crowded dengan pelancong asing dari pelbagai negara (kitaorang yang pakai tudung macam terasing sebab susah nak jumpa yg pakai tudung) dan Trawangan dilengkapi kemudahan seperti puasat perubatan, farmasi, pejabat pos etc. Senang cakap umpama negara dalam negara. Bila banyak pelabur asing, ini perkara biasa yang akan berlaku.

Okay, lepas beli tiket yang berharga Rp 350,000 + Rp20,000 (Tambang fast boat ke Bali dan van dari Pelabuhan Ngurai Bay ke Bandar Bali) bersamaan RM 121.00 (fast boat Marina Sejahtera) ini pun lepas  survey kat dua kedai kami terus cari kedai makan. Perut pun berkeroncong nak minta makan bila jam dah melepasi pukul 1 tengahari. Tapi mata kau akan rasa seronok tengok semua benda yang ada kat Gili Trawangan ni. Nak repeat one day!! Bila cuma transit ni tak punya masa yang banyak nak explore banyak benda. Kitaorang makan kat kedai masakan jawa (kot), rasa dia boleh lah. Sebab lapar. Oleh sebab aku bayar semua orang punya harga makan sekali, estimate dalam Rp 25,000 sekepala siap makan dan minum. Masa makan ada dua orang indon dari jawa makan sama kat sini. Aku rasa diver merangkap orang yang bawa boat, sebab bila dia rancak borak dengan Zarul (mamat ni ringan mulot) banyak jugak pulau kat Sabah dia dah pergi. 

Lepas dah borak makan semua, kitaorang meneruskan langkah cari masjid pulak nak buat jamak. Ada satu masjid kat sini dalam renovasi. Tapi bolehlah guna. Tak sangka rupanya belah belakang ni banyak lorong rumah-rumah, hostel dan homestay yang murah-murah banyak. Sebelum boat sampai, kitaorang sight seeing lagi. Serious indahnyaaaaa Gili Trawangan. Pantainya cantik sangat. Manusia memang ramai.  Pergi toilet kat sini tak adalah segah macam kat tempat kita, unisex lagi. Mungkin aku tak jumpa kot toilet yang separate. Boleh lah nak melepaskan hajat yang terpendam. Rp 2000 sekali masuk tapi tak ada orang pun yang jaga kat pintu masuk toilet tu. Masukkan jek dalam tabung. Kalau ko rasa tak nak bayar boleh jugak, tapi Tuhan nampak lah apa yang kau buat.

Sementara tunggu boat datang, kitaorang spent time ambil gambar dan sent dalam group Rinjani. kekonon nak membako diorang yang tak join sekali trip ni, tapi diorang balas balik aktiviti shopping kat Mantaram. Okay, jeleous. Dari penglihatan mata yang jelas, memang ramai kulit putih berambut blonde, tak pun kulit gelap rambut kerinting. Tak ramai yang berkerudung. Bila beratur nak masuk boat, rasa macam krik krik. Kat dalam boat lagilah penuh mat saleh. Nasiblah sebelah aku bangsa sendiri which is Angah. Senang sikit aku nak berborak walhal separuh jalan bila ombak memukul boat aku dah pening nak termuntah. Aku paksa untuk lelapkan mata. Padahal minah saleh yang duduk kat sebelah zarul dan ziha kat belakang aku rancak borak. Suara dia je dalam boat. Sampailah air memercik masuk dalam boat, barulah semua orang reti nak tutup tingkap.  Tahap mabuk laut aku agak teruk bila dah satu jam perjalanan. Untuk makluman fast boat dari Gili Trawangan ke Pelabuhan Padang Bai, Bali ambik masa lebih kurang 2 jam. Untuk mengelakkan aku muntah aku keluarkan minyak angin, hidu dan paksa tutup mata. Kalau tak, hanya aku bangsa asia yang muntah dalam tu. 





 Macam dalam mimpi!!! Sampai jua tempat ni. sorry lah sedikit jakun. Sebab selalu tengok kat Instagram orang lain






Kedai kitaorang beli tiket dan simpan barang sebelum sight seeing, makan dan solat.


Ice cream dia sedap bangat. Rp50,000 1 scope.Nyummmm.


My portion! bolehlah..asal isi perut.


Ada satu kejadian, waktu turun dari boat ziha tersadung tali boat kat pontun. Scary tengok darah kat kuku hidup dia...




Menyelusuri lorong mencari masjid. Bahagian belakang tak berapa sibuk dan crowded dengan manusia. Mungkin juga ramai yang pergi diving.



Akhirnya jumpa juga masjid kat sini. Boleh tahan,




Mas ni bilang "alahai, aku bakar jagung pun mau diphoto" hahaa, teruja laah Mas, faham tak.



 SubhanaAllah cantiknyaaaaaaa!! Nak repeat.




Kawan-kawan saya pishang kejap sebab tunggu boat tak sampai-sampai.


Perjalanan kami dari Trawangan ke Padang Bai lebih kurang 2 jam. Kitaorang sampai dah pukul 6 petang macam tu. Masa tu berderet van tunggu ke destinasi yang berbeza. macam kitaorang nak pergi town Bali atau masa tu kitaorang cakap area  Kuta Beach. To be honest, aku tak prepare pun nak pergi Bali ni. Buat research sikit, tapi nota semua hilang sejak aku busy lately. Makanya pergi je lah. Nasib ada kawan-kawan yang boleh diharap.Semua pun okay jek.

Dalam van tu ada 3 destinasi kalau tak silap, First destinasi couple omputih tu nak pergi Tanah Lot rasanya, driver tu stop by kat depan mall (lupa nama). Kitaorang second destinasi, kat Legian Street. Bagus driver tu, sebab dia banyak bagi info kalau nak pergi hotel yang murah kat belah mana kat area ni. Yang balance tu ada dua sekawan aku rasa kalau tak dari China, maybe Taiwan atau Singapore. Sebab muka chinese. Aku dengar diorang cakap (Dalam BI lah), " diorang ni orang Malaysia. Bahasa diorang lebih kurang bahasa Indon". Maybe sebab dalam van tu kitaorang asyik tanya driver tu. okay, pembetulan bukan kitaorang Zarul.ehemmm.



Suasana Padang Bai waktu kami sampai. Agak sore. Terus nampak binaan Pura pada dinding wall fence ni.



Dalam perjalanan tu kitaorang nampak penganut Budha da buat upacara keagamaan Agak kuat agama budha kat sini. Pakaiann wajib putih. Kalau tak tau, confuse juga diorang ni Islam ke tak, sebab muka sama je sawo matang macam kita. Pakai songkok putih macam pak haji.



Finally we arrived legian Street!! we want to shower and some food to feed us.


Kitaorang decide ambik number phone bapak (lupa nama) siap-siap. Jadi masa nak balik nanti, dia pick up kitaorang. Tak adalah kitaorang kelamkabut sangat. Kitaorang berjalan cari hotel murah. sebenarnya pergi dua hotel je. Hotel pertama agak mahal lebih kurang Rp200k semalam. Kitaorang jalan depan sikit jumpa macam homestay, untuk dua kamar satu kamar Rp100k (lelaki) dan kitaorang yang perempuan Rp120k semalam. Kitaorang siap-siap booking untuk 3 motosikal untuk hari esok. Mula-mula bapak tu nak bagi Rp70,000 sehari. Tapi lepas sesi tawar menawar dapatlah Rp40,000 sehari. Lumayan dong.


Bayaran Hotel  ~ Rp120k/day (3 person)
                         ~ Rp 100k/day (2 person)

Sewa Motor ~ Rp 40k/day/1unit motorcycle




Lepas membersihkan diri, kitaorang cari kedai makanan halal. Yang ada cuma kedai Minang. Walau dah pukul 10 malam, kedai ni masih banyak makanan. Harga nya total untuk 5 orang Rp700k (bapak mahal), okay Bali katanya.




Lepas tu, kitaorang sigh seeing kat street ni. Banyak Pub dan disco. Tapi walau kitaorang je yang pakai tudung, aku rasa tak ada apa pun. Rasa selamat je.  pergi farmasi (sebab kekeringan kulit aku dah agak menyakitkan) pun aku pergi sorang. Tak sampai hati pulak nak minta teman kat diorang yang tengah makan. Bali walau dah malam agak crowded lah. Kitaorang pergi foot massage, pedicure dan manicure yang memang melambak kat sini. Rp75,000 memang sangat berbaloi.

Waktu aku buat pedicure dan manicure ada minah sebelah aku (cantik gilaaa) buat massage. Sebenarnya aku memang mengantuk sangat. Penat dari Rinjani pun tak habis, ni sambung lagi pergi Bali. Dia ajak aku borak. Terus tukar loghat Malaysia. Rupanya dia pernah kerja kat sini. Bila dengar dia cerita macam lama dah duduk kat Malaysia dan baru 8 bulan balik Bali.

Lebih kurang pukul 12 malam baru kitaorang beransur balik bilik. Serius, Bali memang hidup waktu malam. Open disco pun ada. Wow sangat (masa ni tak tahu yang area ni tempat kes peristiwa kena bom masa 2009). 

........to be continue (kalau rajin)





No comments: