Wednesday, December 30, 2015

Cabaran 365 Hari



Setiap tahun kita akan tulis azam yang akan dibuat pada setiap muka pertama diary atau dengan kata lainnya pada zaman semua dihujung jari, kita letakkan di reminder note di phone our wishlist 2015. if i want something, i really work for it (yet not 100% perfect). Sebagai orang yang tak sukakan rutin yang sama, aku akan pastikan buat sesuatu yang tak pernah aku buat dan sampai berjaya. So, dengan perasaan poyo nya aku akan list down cabaran untuk diri sendiri yang aku dah buat sepanjang 2015. its really beautiful journey for me, Alhamdulillah. May Allah bless our journey to achieve jannah too Insha Allah (despite goal setting in dunya).

Maka, ini adalah catatan cabaran untuk diri sendiri sepanjang 2015


January 

1)Trans Kota Tinggi
Planning ni sangat kejap. Memang ad hock. Puncanya Abg ponco ajak steamboat atas Panti. Maka terjadilah Trans Kota (Gunung Panti - Pelepah Kiri - Bukit Sisek).




2) XPDC Pulau Karimun (Gunung Jantan dan Gunung Papan), Indonesia
Personally trip ni sangat best. First time dalam hidup dapat transit dari satu pulau ke satu pulau. Dapat rasa pengalaman transit dari feri dan pengalaman guna boat pancung yang tak punya safety equipment (ni plan b tiba-tiba).







View daripada Puncak Gunung Jantan



Ni namanya boat pancung. No safety equipment. Risiko keselamatan ditanggung sendiri. Alhamdulillah Allah pelihara


View dari puncak Gunung Papan


3) Misi Bantuan Banjir Perak bersama I-Bantu IKRAM 
Another satisfaction i had. Ini pun peluang yang sangat berharga. Selain dapat menjadi sebahagian daripada sukarelawan OSEM, banyak yang aku belajar.

a) well organized by I-Bantu. Dari start logistik, makan dan lojing tersangat super duper awesome. eventhough they told us we have to sleep kat masjid dan mungkin tempat tak selesa, Alhamdulillah kebajikan sangat terjaga.

b) Orang kampung dan semua pusat shelter untuk penduduk yang terkena banjir sangat welcome us. We really appriciate it.

c) I leanrt one thing. Menyantuni pelbagai genre lapisan masyarakat really open my eyes. Bila kita duduk di satu pusat yang menempatkan pelbagai masyarakat, memang nampak background dan education yang berbeza memberi impak kepada cara mereka berfikir dan their attitude. Ya Allah, tersangat muhasabah. Aku tak boleh nak cerita lebih-lebih. Cuma apa yang aku boleh cakap, Alhamdulillah sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan agama dan pendidikan. Serius kau akan rasa "ya Allah, teruknya masyarakat kita hari ini". we need more dai'. Paling penting aku sukaaa sangat kawan-kawan aku yang tersangat punya ilmu agama yang tinggi ni menyantuni mereka. Kesabaran dan sikap sangka baik yang tinggi. 

d) Sepanjang dua malam kat dorm (i can call it ) yang ditempatkan kami pada waktu malam, solat kami berjemaah untuk setiap waktu. Qiamulail sama-sama. Pak Long dan Ustaz (lupa nama, tapi he is one of Aqsa Syarif punya orang kuat) is main role. One thing yang aku belajar dan dapat, membaca al-mathurat setiap maghrib dan subuh. Amalan ni yang terkesan. Toilet yang sangat kotor tu (almaklumlah dah lama tak ada orang duduk) dibersihkan sampai jadi bersih. Most of adik-adik yang join program ni student dari pelbagai University, admire sangat waktu senggang diorang banyak habiskan baca Al-Quran. Kau mampu? one slap on my face...dush dush...

f) Ini best. jeng jeng. Malam last ada sorang student lelaki UTM imamkan solat kami. Ya Allah, bacaan dia superb. Doa dia superb. Bila sesi taaruf malam itu, baru tahu dia student utm dan orang Indonesia. Dia share yang kalau kat Indonesia, susah nak dapatkan bantuan macam ni macam Malaysia buat bila ditimpa bencana. Mungkin disebabkan geografi dan logistik. Dia juga cakap, orang Malaysia memang sangat prihatin. Sebab tu dia nak join program yang macam ni. Then dia cerita perjalanan dia balik ke rumah kalau dari Malaysia. Ya Allah, sangat gigih dia nak menimba ilmu kat sini. Tapi kalau dengar bacaan quran dia memang boleh cairrrrr. (astgharfirullah)... 








February

Antara trip "eh jom pergi Gunung Pulai lalu empangan." Lepas tu ajak orang semua tak nak pergi. Macam tu lah daytrip ni. Berdasarkan trek yang tak tentu arah dan berpandukan arah dari GPS Lan, sampai lah juga kami kat puncak Gunung Pulai via empangan. 






March

Trip Gunung Ledang via Jementah. Ini adalah pengkahiran trip yang boleh melalui trail Jementah. Ini disebabkan hutan di Jementah ditutup untuk tujuan penyelidikan sahaja. Kalau pun yang dibolehkan kalau tak silap sampai air terjun jek. Another trip yang pewai, sebab sampai peluk pokok. But at the end of it, sampai ke puncak malam. Paling penting dapat sampai ke Anjung Mahligai. The view dari sini sangat superb subhanaAllah.


April

Trans Yong Yap - Bubu - Tok Nenek (YYBTN)

Ini pun bukan lah wishlist. Cuma kebetulan. Aku pun tak sangka aku mampu buat trip yang lebih dari dua malam. Lagi haru sebab aku tak boleh solat hari kedua. Tahap kepewaian aku tersangat lah tinggi. Pengalaman nak mencari air dari simpang YY nak ke puncak Gunung Bubu memang tak boleh blah. Air tak ada langsung. Tup-tup dah sampai kat puncak Gunung Bubu. On the way nak ke puncak Kuku Kambing, baru dapat sumber air. Itu pun jauhhh gila. dah lah pewai. Air pun ada berudu (sob sob). Tapi minum jek. Then nak teruskan perjalanan ke campsite Kuku Kambing aku dah pewai teruk sangat sebelum sampai puncak kayung. Kat sini aku memang jalan slow gila. Kesian sweeper aku terpaksa ikut pace aku yang teramat slow.



Sunrise Puncak Tok Nenek. One of view yang superb lah. 


Puncak Gunung Bubu. Kat sini tak ada view. 



Puncak Gunung Yong Yap. Malam kat sini tersangat lah sejuk. Tapi bintang-bintang malam memang cun habis.


May

Dakithon MAKSAK 2015

Ini paling memori. First time dalam kerjaya mewakili negeri Johor dalam Dakithon kat MAKSAK. Daripada 13 negeri, Johor dapat nombor 6 kategori wanita. Ini pun antara yang terbaik. Merasalah dapat elaun, baju, seluar,makan free.





Transit For Johor Race 2015
Kali terakhir aku pergi explorace kalau tak silap 2011 macam tu. Kali ni punya explorace agak seronok sebab naik public transport. Tak pernah kot gunakan public transport kat JB ni.






Jun

Bukit Peta Taman Negara Endau-Rompin
Sebelum Ramadhan, minggu last pergi ke Bukit Peta di kawasan Endau-Rompin. Tak tinggi mana. Cuma yang bestnya, satu jam perjalanan naik lori untuk masuk ke dalam. Then naik boat untuk sampai kat kaki Bukit Peta. View tak ada, tapi pengalaman tu yang seronok. Perfect combo.










Julai

Gunung Ledang via Sagil trail

Gunung ledang with powerpuff girl. Tak ingat excat date. Cuma masa tu memang nak training dan memang nak burnt out calories yang banyak masa raya. Rasanya macam Jumaat tu cuma kami bertiga jek yang conquer Gunung Ledang sebab tak ada orang lain yang mendaki selain kitaorang. All the way asyik borak non stop sampai lupa check point hazab macam KFC and so on.







Ogos

Gunung Arong, Mersing

Gunung Arong with Adventure Often aka GopRo JB. Kali ni naik malam hari, so dapatlah tengok sunrise yang kelam-kelam gitu.




Program Pendakian 7 Gunung Johor Sempena Kemerdekaan 2015

Another prorgam yang terlibat dan pengalaman ni pun agak seronok sebab melibatkan pelbagai organisasi kerajaan.




September

Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia

Alhamdulillah aku dah sampai summit yang punya view anatar 10 yang tercantik di dunia. Trek kat indonesia ni memang santai. Cuma, aku bukanlah tahan pada cuaca yang tersangat sejuk. Nampak jek macam panas, tapi sesungguhnya tersangat lah sejuk. Ada satu masa kau memang nak duduk dalam tent jek tak mahu keluar. Porter tinggal hulurkan makanan jek. Trip pewai teruk aku. Macam biasa, bila hari ke tiga aku tak boleh solat, tahap kepewaian aku tersangat lah hampeh. Sampai kat jalur S aku memang down sangat. Rasa nak turun. Sebab memang penatttt sangat. walau masa tu sunrise menjelma, aku dah tak heran dah semua view yang aku nak tengok sebelum ni. Aku memang layankan tahap kepewaian aku yang tersangat teruk termasuklah selsema aku yang tersaangat teruk. Tangan aku dah tak rasa. Tapi ada kawan-kawan yang bagi semangat, sampai juga aku kat puncak pukul 8.05 pagi (sampai bila-bila aku akan ingat). Waktu turun sangat mencabar. Sebab aku tersangat pewai, jalan 5 tapak aku dah berhenti. Tersangat mental sebab matahari dah kat atas kepala, campsite aku dh nampak tapi aku tak sampai-sampai. Sampai kat campsite pukul 12.45 pm diorang dah siap-siap nak turun sembalun. Lagi mental aku. Penat tak habis, nak jalan lagi. Turun dua kali aku stop kejap tidur. Perut aku memang tak sihat (biasalah period). Bila start aku pakai koyok letak kat perut, aku rasa perut aku dah okay, then Jamal (guide) bawak beg aku, barulah aku boleh jalan laju. Pengalaman teruk ni. Sebab tak pernah aku sampai orang paling last dan ada orang baw beg aku. Bila makan malam, aku memang tak boleh telan makanan. Perut dah masuk angin. Apapun, the moment is priceless for me to remember for whole my life.






Oktober

Gunung Nuang via Janda Baik. Adhock planning sebenarnya. Ada seorang hamba Allah ni pernah tanya aku " kau dah pernah naik Nuang?" mestilah belum kan, jawab aku. Dia terus tunjuk gambar dia kat puncak Nuang, "tengok aku dah sampai. Kata suka naik gunung. Ni nuang pun tak pernah sampai". Terkasima kejap.




November

Gunung Moakil, Labis, Segamat

Tak pernah tahu ada gunung ni. Trek dia biasa jek. Cuma trek balak tu tersangat lah boring. Agak pewai disitu.






Disember

Gunung Tunggal via Gunung Cabang Tiga, Labis, Segamat, Johor.

Penutup aktiviti cabaran diri tahun 2015.






Terima kasih untuk semua kenangan 2015. Ada yang manis, pahit, suam-suam kuku semua. Untuk 2016 diharapkan ada yang lebih indah. Segala pengajaran 2015 ni diharapkan dapat menjadikan diri lagi baik dan paling penting menjadi lebih matang dalam setiap tindakan. Semoga Allah bersama dalam setiap keputusan dan langkah yang kita aturkan. Allahuma Amin.


Good Bye 2015. :-)

No comments: