Sunday, February 7, 2016

Travelog Thailand Part 1: Backpacker Pattaya ke Bangkok



Sekadar berkongsi pengalaman percutian backpacker ke Thailand yang telah dirancang sejak bulan November tahun lepas. Tiket Air Asia pun beli dengan harga RM 168 on way. Masa tu KLIA-Pattaya. Sengaja, sebab kononya nak explore Thailand dari banyak daerah. Maka kita cubalah kan once in a lifetime konon.

24 January 2015

Perjalanan bermula dari JB. Aku naik bas malam dari Jb ke Seremban sebab nak saing Alin dari Seremban. Tidur satu malam kat Seremban dan pukul 12.30 pm baru gerak pergi KLIA2.  Sampai kat sana lebih kurang pukul 1.15 pm. Geng-geng lain dah sampai dah. Rushing nak masuk security check. Q up boleh tahan panjang. Aku rasa banyak betul botol air kena ‘tahan’ kat security check. Paling best ada yang bawa shower foam bapak besar pun kena ‘tahan’. Agak ketat security check sekarang ni. Sampai kat pintu departure (boleh tahan jauh) lagi 10 minit nak departure. Tapi kesian kawan kami sorang ada yang tak lepas sebab masalah passport. Its okay. Kita merancang, Allah yang tentukan. Sedih, tapi the journey must go on. Oleh sebab kitaorang yang masuk paling lambat, boleh tengok load penumpang kebanyakan dari India. Transit mungkin. Itu yang difikirkan.



#1 : Seat aku adalah 4 row paling last. Awek India ni boleh tahan jugak dia order makanan. Menyelerakan betul dia makan nasi beriyani dengan kek cawan tu. Daripada aku tak nak makan, terus order air kopi buat menahan air liur aku tengok dia makan. Satu cawan air kopi dah RM 6 atas flight.



#2: Form yang foreigner kena isi sebelum masuk Thailand. Biasanya dalam flight diorang akan bagi untuk kita isi siap-siap sebelum sampai Airport.

Perjalanan dari Klia2 ke U-Tapao Rayong-Pattaya International Air  mengambil masa lebih kurang 2 jam. Satu jam je aku dapat tidur. Tapi lepas tu dah dengar orang dok sibuk makan and borak. Kebetulan pramugari tu letakkan form nak masuk Thailand  yang kena kita fill up. Waktu nak mendarat aku rasa pening sikit. Aku suspek pilot ni kurang bijak sikit skill nak landing. Tak pernah-pernah aku rasa nak muntah. Nasib lin kat sebelah aku dah siap-siap pegang minyak cap kapak. Flight departure 2.25 petang (waktu Malaysia), lebih kurang 3.25pm ( waktu Thailand) flight landing dengan selamat.

Airport Pattaya ni tak adalah besar sangat. Walaupun dikenali sebagai Aiport Antarabangsa, airport ni kecik jek. Turun je dari , ada bas ambik penumpang. Sebab dari airport nak ke pesawat adalah           1 km.   Imigresen kat sini polite juga. Tapi agak lama lah kat Q-up. Sampai je terus cari tiket bas ke Stesen bas Pattaya.  Tiket bas ni boleh dapat kat kaunter-kaunter dalam airport tu Pilih je mana suka. Kalau ikutkan itinerary, akan ada sightseeing kat Pattaya beach sebelum kitaorang transit pergi Bangkok. Tapi tak sangka pulak perjalanan ke terminal bas ni je dah 2 jam. Bas ni macam bas express domestic. Selesa juga. Bertolak pukul  4.45pm dan sampai pukul 6.50 pm.  Sepajang perjalanan kat sini, dapat tengok pertaniah kat sekeliling tempat ni. Banyak ubi, ada pokok kelapa dan juga getah. Nampaklah juga construction jalan tengah buat kat sini dan parit kat sini pun guna kaedah MASMA. Apa yang aku boleh cakap, teknologi perparitan dan jalan raya diorang boleh tahan hebat.            



#3: Airport Pattaya ni kecik je. Ada construction kat sebelah building ni. Bas yang warna merah tu dok angkut penumpang dari kapal terbang pergi belah sana.



#4 :Opposite Airport ni ada stesen bus. Macam ni lah keadaannya. Tapi diorang akan make sure bagi penuh bas baru jalan. Walaupun kat tiket tulis pukul sekian, sekian.



#5 : Waktu bas bertolak 4.30 petang, tapi 4.45 petang baru bas ni bertolak lepas penumpang penuh


 #6: Pemandangan di sepanjang perjalanan dari U-Tapao Airport ke Stesen Bus Pattaya



#7: Keadaan terminal bas Pattaya agak convenient 



#8: Siap sedia keluaran duit untuk bayar 115 baht dan sedaya upaya pick up apa yang diorang cakap. Loghat BI diorang memang Thailand sangat.



#9 : Tiket Bas dari Pattaya ke Ekamai Stesen Bus (Bangkok)


Sampai kat stesen bus ni, aku cari kedai nak kecikkan duit. Ada satu kedai kat stesen bas ni.  Yang penting dia punya cashier tak pandai cakap English. Aku pun buat-buat faham je lah, walau hulur 1000 baht dengan harapan duit return tu betul lah. Banyak jek makanan halal (kena pandai tengok) dalam kedai ni sebab manufacturing ada kat malaysia. Toilet kat sini harga 3 baht. Air mineral pun murah, 600ml tu dalam 80 sen je. Ada satu je kedai makan kat sini. Tapi tak halal. Orang kedai tu cakap kalua nak makan, kena ambik teksi dan keluar dari stesen bus ni. Oleh sebab dah kelaparan dan hari dah maghrib, kitaorang cari tiket bas ke Bangkok. Kiranya transit kat sini tak lama. Lebih kurang  15 minit je. Kebetulan bus pun dah ada.  Tiket harga 115 bath. Perjalanan Pattaya ke Bangkok lebih kurang  2 jam lalu highway  yang cuma ada satu je tol. Sepanjang jalan gelap, jadi tak Nampak apa. Tapi yang pasti aku dah boring duduk dalam bas lama sangat sejak malam semalam.

Pukul 9.30 malam Bus sampai Ekamai Bus Station. Betul-betul depan stesen bus tu Nampak BTS. Dari Bts ekamai tu ambik ke Stesen Asok (25bath). Sampai je terus cari MRT ke Hualampong (last destination) dalam 28 bath. MRT dia luas dari LRT kita. Dia punya tool/function sama je macam kat KL, tapi agak besar dan tak berapa crowded. Most of people dalam ni agak hipster dan bergaya. Tapi yang paling penting tak tengok handphone je macam kat Singapore and Malaysia. Sampai Stesen Hualamphong kitaorang terus cari hostel yang dah booking dua bulan lepas. Agak mengelirukan nak cari hostel ni. Sempat cross jalan yang berhadapan dengan Railway Hualamphong tapi direction salah. Singgah kejap 7-E beli air mineral dan simcard. Simcard kat sini untuk ada khas untuk tourist. Nanti diorang akan minta passport untuk diorang key in dalam system dan bayar lah 299baht. Cashier kat sini walau English diorang tak pandai, walau cakap macam ayam dengan itik even cakap je Melayu, tapi apa yang kita nak tu settle. Amazing kan. :-p



#10: BTS Ekamai untuk pergi ke stesen Asok sebelum tukar ke MRT di stesen ni.



#11: Keadaan dalam train. Yang sister ni bukan group kami. Tapi yang pasti dari MY. Tak tegur pun sebab diorang sibuk berborak.



#12 : MRT di Thailand



 #13: Railway Station di Hua Lamphong Bangkok pada waktu malam. Bascially, pukul 9 malam dah tutup dah. Kitaorang nak cari makanan hala dalam food court dalam ni, tapi sebab dah sampai malam, terpaksalah makan apa yang ada kat 7-Eleven.




#14 : @Hua Lamphong, bangkok. Boleh tengok banyak review dalam blog dan Trip Advisor

Surrounding kat sini banyak orang jual kat tepi-tepi jalan atas tikar. Pun boleh. Agaknya untuk orang kasta rendah, macam ni agaknya diorang bersosial (pendapat peribadi yang tak mulia). Misi mencari hostel diteruskan. Sampailah kat 7 Eleven lagi satu. Nasib baik dia faham English. Dia bagi direction. Still,  tak jumpa. Teruk betul. Then baru terfikir nak bukak google map (hahahaha). Kebetulan on the way mencari tu jumpa awek pakai skuter, dia pun tak tahu tapi berusaha nak tolong kami. Tak sampai satu minit, rupanya kat sebelah kanan kitaorang. Rasa nak gelak kat diri sendiri. Kalau tengok review memang senang gila nak cari tempat ni. Senang cakap memang convenient lah. Easy user. Rupanya macam ni, sebelum turun tangga kat MRT tu, jangan jalan terus. Turun je ambik sebelah kiri tangga tak sampai 1 minit hostel ni sebelah kanan. Oleh sebab dorm kami ni guna katil double decker, toilet kat luar. Tapi locker ada kunci masing-masing. Kitaorang booked 2 bilik. Satu bilik berempat dengan geng sendiri. Satu bilik lagi ada sorang minah salleh. First time bagi diri aku duduk hostel backpacker ni. Tapi facility pon okay. Cuma nak iron tu kau kena deposit 50 baht (terus cancel nak iron tudung). Makanan halal ada je. Tapi sebab dah malam dan nak bangun pukul 5 pagi, makanya kita beli jek kat 7-Eeleven buat alas perut. Lagipun kat stesen bus pattaya aku dah makan nasi lemak yang Alin tapau dari Seremban.

Summary hari Pertama:
1.Tiket Flight KL-Pattaya (RM 168.00) ~ +-2 Jam *Beli bulan November 2015
2.Tiket bas U-tapao Airport –Pattaya Stesen Bus (150 baht @ RM 18) ~2 jam
2.Tiket Bas Pattaya-Bangkok (115 baht @RM 13  ) ~2jam
4.BTS Ekamai-Asok Stesen (25baht @RM3)
5.MRT Asok – Hualamphong (28baht@3.25)
6.Hostel (352baht/night @41+ RM 6.00 (deposit))
7.Simcard True-H (299 baht@RM 35)
8.Makan (air mineral, maggi,kopi = 55 baht @ RM 6.40)



*waktu adalah dalam Thailand  dan currency adalah mengikut currency January 2016      


Bersambung.......

                                                       

No comments: