Monday, February 22, 2016

Travelog Thailand Part 2: Backpacker Bangkok ke Kanchanaburi

30 Januari 2015

Untuk hari kedua di Bangkok, aku bangun seawall 4 pagi waktu Malysia bersamaan 5 pagi waktu Thailand. Subuh pukul 5.23 pagi. Kalau nak tahu waktu solat, rasanya dengan teknologi yang ada sekarang memang tak susah. Boleh download  dalam google apps. Kami semua bersarapan di café yang terletak kat bahagian bawah pintu masuk hostel. Kat sini kita boleh minta air panas free dan kalua nak buang duit breakfast kat sini pun boleh. Kitaorang memang dari Malaysia dah decide sarapan pagi bawa siap-siap makanan sendiri untuk menjimatkan kos ditambah dengan susahnya nak cari makanan halal waktu pagi.

Seawal pukul 6.30 pagi , driver yang kak Lia hired dah tunggu kat luar hostel. Kalau diikutkan kitaorang memang nak naik public transport je pergi berjalan hari ni. Tapi malam tadi kak Lia dah puas beramah mesra dengan budak kaunter tu, dia nasihatkan samada kitaorang sewa kereta dan kita drive atau sewa kereta dengan driver sekali. Bila difikirkan dengan kapasiti kitaorang yang seramai 7 orang ni, agak mudah nak bergerak kalua satu kenderaan. Tambahan pula, untuk menjimatkan masa rasanya patut kitaorang sewa kereta. Kalau ikut public transport, duration percutian ni terpaksa extend, makanya ini jalan terbaik setelah difikirkan dan bermesyuarat. Nama driver kitaorang JunTee. Bahasa English dia so-so. Boleh faham. Panctual betul dia tunggu kitaorang walau masa tu ada antara kami yang tengah bancuh kopi.


Destinasi pertama kitaorang dalam itinerary adalah adalah Floating Market. Dari Bangkok ke tempat ni lebih kurang satu jam. Ada dua tempat yang ada floating market. Tapi kitaorang pilih yang paling besar. Alang-alang datang, baik pergi yang besar. Sebab tak tahu bila lagi nak datang (berlagak betul). On the way tu nampaklah orang berpusu-pusu keluar nak pergi kerja. Tapi tak sesibuk kat tempat kita. Highway kat Thailand ni memang ada class. Cantik. Kata Juntee Raja diorang yang sponsor infrakstruktur kat sini. Tol pun ada sekali je.  Nampaklah juga satu truck pickup tu penuh manusia kat belakang bersusun (tak ambik gambar nak tunjuk). 







Perusahaan Garam Terbesar di Thailand di Samot Sakhon


On the way ada Nampak satu kawasan yang macam kolam kat sebelah kiri aku. Aku fikirkan ini kawasan ternakan kolam udang. Memang besar. Then Jantee cakap ini kawasan garam yang paling besar kat Asia tenggara. Terus teringat review yang aku baca sebelum ni. Minta Jantee berhenti sekejap untuk ambik gambar. Betul-betul mamat ni berhenti kat kedai makcik yang jual garam ni. Bau kawasan ni boleh tahan busuk. Lebih kurang macam bau telur busuk. Mungkin juga disebabkan chemical yang digunakan dalam kolam tersebut (hydrogen sulfida dan ammonia). Aku google tempat ni, rupanya kasawasan ni sangat besar sebab apa yang kami Nampak ni Cuma di sepanjang tepi jalan. Rupanya di kawasan kampong di sini juga terdapat perusahaan garam ni. Lebih kurang 10 minit ambik gambar dan beramah mesra dengan makcik penjual garam dengan Bahasa ayam  dan itik, kitaorang teruskan perjalanan ke Damneon Saduak Floating Market.



#The scenery was so beatiful memandangkan kitaorang sampai sini sebelum pukul 8 pagi


# Relaks jek garam ni jual kat tepi jalan


Damneon Saduak, Floating Market, Ratchaburi

Kami sampai di sini pukul 8.45 pagi. Sebelum sampai di sini kami melalui kampung-kampung dan juga sawah padi. Sesampainya kami di sini, kami disambut dengan meriah penjaga tiket dengan menawarkan harga untuk ke floating market. Bagi diri aku agak mahal. 400Baht per person for two hour. Bila di tukarkan kepada ringgit, RM 47.73. Mahal Gila! Puas jugak kak Lia pujuk, tapi dia memang tak bagi muka langsung. Masa masuk dalam boat tu, adalah sorang budak Thai akan ambik gambar kita beriya. Aku lost gila apahal mamat ni beriya betul nak ambik pic kitaorang beriya. Pakai kamera kompak jek.


Air sungai ni aku boleh justifikasikan macam air longkang. Kaler hitam habis. Ayat aku ni memang macam jahat gila. Dengan bau nye boleh tahan. Masa boat tu merecik air kat muka kita, time dia bawa laju sikit aku rasa nauzubillahiminzalik. Oleh sebab kami antara yang terawal datang, oleh sebab tu macam tak meriah lah di permulaan. Aku boleh gambarkan yang floating market ni macam satu kawasan perumahan kat tebing sungai yang kotor then ada orang buat jualan-jualan kat tepi-tepi tu. Tapi si pembeli akan naik sampan. Ha, macam itulah. Pakcik boat ni berhenti kat satu kedai makcik ni jual macam-mavam souvenir. Puas dia pujuk, tapi kitaorang window shopping jek.


# Local map Damneon Floating Market


Pakcik boat tu pusing lagi keliling, banyak lagi rupanya rumah kat sini. Yang paling tak boleh blah ada makcik ni basuh baju guna air sungai yang kotor gila ni..OMG. Itu belum lagi yang basuh pinggan. Tahap keboringan memang dah ada. Macam ni je ker floating market yang digambarkan. On the way tu adalah sampan-sampan yang jual macam-macam benda. Sampailah kat satu makcik chubby yang jual buah-buahan. Kawan-kawan aku tertarik dengan buah yang dia jual dan juga pulut manga. Tak dinafikan buah-buahan dia memang sedap. Mata kucing dia besar gilaaaaaa. Pakcik boat tu tengok kitaorang macam dah boring je lepas 45 minit dia bawa jalan. Then dia lalu pasar ,belakang tu ada temple. Pakcik tu berhentikan boat dan tanya kitaorang nak pergi tak temple. Of course lah dalam Bahasa Thailand masa dia tanya tu. Tapi semua orang tak nak pergi. Kat pasar ni macam-macam jualan. Satay khinzir pun ada. Nampak sedap.


Bila pakcik tu cakap, lepas ni pergi market, fuh masa tu rasa gembira. Lagi bila Nampak pintu gerbang  WELCOME TO FLOATING MARKET. Masa tu baru meriah. Banyak dah boat pelancong kat sini. Macam biasa, pusing-pusing tak beli apa. Sampailah kat satu perusahaan gula kelapa. Pakcik tu kata nak berhenti tak, kitaorang okay jek. Kat sini best sikit.

Kesimpulannya kat floating market ni kena tawar menawar sebelum beli. Makanan halal susah sikit, lagipun boleh kot tahan lapar. Cuma dua jam jek kan kat sini. Kalau nak rasa pulut dengan mangga, memang terbaik. Lagi satu, buah-buahan dia superb!Bila balik semula ke kedai yang mula-mula kitaorang masuk sampan tu, aka nada pekerja yang tunjukkan kita frame gambar floating market siap dengan gambar muka kita yang diorang ambik.  Satu frame dalam 100 bath. Lebih kurang RM 12 lah. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terjebak nak beli, padahal sebenanrnya kalau tak beli pun tak memberi kesan pun. Hahaha.. :-p Saja lah kot sebab aku rasa dah tak pergi kat sini lagi.









#Buah-buahan dia segar,besar. marvelous!!!




#Berusaha auntie nipromote T-shirt ni.


# The thing i loved. we can interact with other tourist like this. i'm love it!



#kue akok version Thai. 


 #free fresh coconut here. Manissssss



# Masa kitaorang datang, ada 5 orang tengah buat gula kelapa ni. Dapatlah tengok diorang punya making procedure start dari kelapa tu diambil airnya, Berusaha betul uncle tu nak suruh kitaorang try. Sampai jadi bentuk bulat macam tu




# nota: kalau nak beli benda alah ni buat ole-ole better beli kat sini. Kalau di chatuchak memang tak ada 500 baht je 1 pcs




Restoran Halal di Kanchanaburi

Di Kanchanaburi tak banyak makanan halal yang ada kat sini. Tempat makan ni basically review dari internet. Juntee syorkan kami makan kat satu restoran kebab halal made in Turkey. Sebab ada kawan-kawan dia bagitahu. Tapi sebab satu hari dah tak makan nasi sejak semalam, rindu sangat dengan makanan goreng-goreng dan juga nasi-nasi. Tekak still melayu kan.

Pukul 11.20 pagi kitaorang sampai kat Kanchanaburi. Bandar ni boleh dikatakan sebagai tempat sejarah. Sebab on the way tu ada war museum cemetery yang boleh kita lawat. Betul-betul tepi jalan dan ada muzium. Tapi sebab rasanya tak berapa penting, kami tak singgah. Nak makan nasi lagi penting. Kedai ni betul-betul kat sebelah show room Mitsubishi, kat tepi jalan akan nampak lokasi kedai ni. Pukul 11.45 pagi kami sampai kat sini.

Banyak juga makanan kat sini. Satu-satunya restoran  makanan halal yang ada kat Kanchanaburi. Makanan rate dalam 75baht ke atas untuk semua jenis menu. Lagi satu, tempat ni ada tempat solat, jadi kami siap-siap bersolat kat sini.









#Pad Thai version Kanchanaburi


Erawan Waterfall National Park

Sebenarnya Erawan waterfall ni tak tak termasuk dalam itinerary kami. Tapi memandangkan dah alang-alang datang ke Kanchanaburi, kami terus proceed untuk pergi ke tempat ni. Jarak antara tempat ni dengan pekan Kanchanaburi agak jauh. Pukul 12.45tgh kitaorang bertolak, dan pukul 2 petang barulah kami sampai ke sini. All the way akan nampak dam river kwai sebelum sampai kat tempat ni. Tempat ni memang cantik bagi peminat pencinta alam.




#welcoming signage



#Rate untuk foreigner 304baht = RM 35.80 (termasuk parking) . Harga ni naik stahun 2016 ni. Sebab 2015 harga masih 200 bath



#Dry season 



#First tier of waterfall


# Next level of waterfall





#Tier 4 of waterfall. Banyak mat salleh mandi jek kat sini. Nak feel pun tak senang 







#Top view. Lepas naik tangga untuk ke 5,6,7 waterfall akan nampak view ni


# Mula-mula bila aku nampak ni dari jauh, aku fikirkan mungkin ada orang buat jualan baju. Bila dah dekat, baru perasan ni macam ritual orang-orang kat sini


# Aku tak tahu nama ikan ni apa. Tapi memang ikan dia besar-besar. Boleh nampak dengan jelas.





#Kat galley ni akan tunjuk attraction waterfall ni. Gambar-gambar ni waktu musim hujan kot. Sebab air sangat banyak berbanding waktu kitaorang pergi ni. sendu je air waterfall tu



Wang Dong Stone Quarries

Dalam perjalanan pulang dari Erawan Fall untuk ke River Kwai Bridge, kami disajikan dengan pemandangan ukiran batu yang banyak di sepanjang jalan. Sebenarnya sebelum kitaorang sampai ke Erawan, memang dah Nampak dah ukiran batu ni. So, dalam perjalanan balik, kak Lia minta Juntee berhenti sekejap di perusahaan ukiran batu tepi jalan tu. Alhamdulillah tuan punya tempat ni tak kisah kalua kitaorang nak ambik gambar. Mungkin juga dah terbiasa agaknya.

Kitaorang disambut dengan salakan anjing yang ada kat situ. Tapi semua tu tak memberi effect pun. Sebab bukan nak curi pun bat utu. Gila berat. Tapi serious memang cantic lah seni ukiran yang diorang buat. Disebabkan limitasi Bahasa yang ada antara kitaorang dengan penguasaha, makanya kitaorang Cuma sighseeing dan ambik gambar je. Landskap tempat ni memang cantik. Bahagian belakang ada savanna bukit-bukit , mungkin juga disebabkan musim kering yang terdapat di Kanchanaburi.

Apa yang aku boleh gambarkan,  saiz stone  ni boleh mencapai ketinggian 4m! kebanyakkan ukiran kat sini banyak bentuk binatang. Malah ada juga meja dan kerusi daripada batu marble. Serious memang cantik dan yang pastinya, mestilah mahal kan. Kebanyakannya ukiran kat sini untuk untuk dekorasi taman-taman











The Open Hill Resort

Dalam 10 minit daripada tempat stone/quary ni ada satu resort yang cantik kat tepi jalan. Kak Lia insist Juntee untuk stop by for us taking picture. Rumah nya sangat unique dan comel. Landskap kat belakang tu ada bukit-bukit memang perfect view lah. Tapi disebabkan hujung minggu, tempat ni full booked. Owner kat sini tak bagi masuk sampai dalam. Cuma sampai kat tempat yang ada belaan arnab. Tempat yang sweet gila ni berharga 1500baht/night bersamaan RM 181.50. :-)



# Dalam perjalanan, ada banyak street market atau pasar malam di bahagian bahu jalan













#Mini Bunga matahari 


River Kwai Bridge Pier

Ini merupakan salah satu tarikan di Kanchanaburi.  Di tempat ini terdapat landasan kereta api dan juga jambatan yang dibina pada tahun 1943 oleh tentera Jepun. Tujuannya adalah untuk menghubungkan antara Thailand dan Burma. Ketika tu (aku baca lah) banyak yang terkorban semata-mata untuk membina jambatan dan landasan ni (mungkin juga disebabkan teknologi dan juga tenaga insan). Sebab tempat ni juga dikenali sebagai  Death Railway.

 Kitaorang sampai kat sini Pukul 5 petang. Masa ni memang ramai sangat orang kat sini. Tak kira dari orang tempatan sampailah ke pelancong asing pelbagai rupa. Parkir kat sini adalah free of charge. Memang mula-mula tu memang sesak sikit. Tapi bila dah jalan ke penghujung bridge tu, orange dalah tak berapa ramai. Kat area kawasan kosong tu macam-macam souvenir jual.  Kalau rasa haus, beli jek air kat situ, halal. Tak pun buah-buahan diorang yang terbukti memang sedap.  Oleh sebab kat sini kitaorang estimate 30 minit je, jadi tak sempat nak explore banyak lokasi dalam ni.

Kebetulan waktu ni, ada beberapa orang aktivis Kristian ada buat program kat sini. Kalua kita macam street dakwah lah. Cara diorang approach tu sangat lembut dan ada jugaklah flyer yang diorang bagi. Bila baca tu, apa yang aku boleh simpulkan adalah kewujudan alam ni, kehidupan etc. Semua tu ada dalam Al-Quran, and even kalua kit abaca buku the law of attraction, semua tu ada dalam Quran Cuma diorang adapt.

Pukul 5.30 ptg kitaorang dah bertolak balik Bangkok. Sebab kitaorang berkejaran nak pergi ke Kedai makanan Halal kat Jalan sukhumvit. On the way balik ni memang semua orang dah kepenatan. Banyak tidur dalam van.




#Pekan sebelum sampai ke lokasi bridge ni


# Impress betul dengan patung tu. Sebab cantik sangat macam manusia betul



# Papan tanda tempat ni. Sebelah kiri tu ada jalan menghala ke seafood restaurant


# Fridge magnet ni dijual dengan harga 500bht. Oklah kalau nak buat kenang-kenangan. Sebab kat luar dari tempat ni dah tak ada yang jual macam ni






#Sunset almost down, Alhamdulillah we can still get enough time to feel it




# Banyak artis jalanan kat sini. uncle ni kira ok lah dia punya skill. Tapi ada budak-budak kecik umur 5 -7 tahun  yang stock pegang gitar, nyanyi entah apa-apa kutip duit derma. Aku rasa diorang punya mondus operandi minta sedekah memang macam tu kat sini. Sebab memang ramai tourist kat sini.











#wall yang menceritakan sejarah river kwai bridge ni


Usman Restaurant And Hostel

Pukul 7.45 pm kitaorang dah tiba kat Bangkok. Kak Lia minta Juntee berhenti at sukhumvit Road. Then kitaorang jalan kaki untuk pergi ke kedai Usman ni. Kedai ni bukan betul-betul tepi  jalan utama, kena masuk lorong sikit. Kat area ni banyak jek tempat yang halal pada fikiran aku. Sebab area nanna street ni banyak kedai arab dan semestinya ada makanan halal. Sebelum sampai temoat ni juga ada kawasan Korea Street dan Jepun Street, havoc juga Bangkok waktu malam. Tapi sebab limitasi masa, kitaorang tak dapat explore banyak tempat.

Restoran Usman ni tak susah nak cari. Sebab agak famous. Akan Nampak signboard kat depan kedai. Restoran ni agak bersih. Masa kitaorang sampai tu restoran ni agak penuh dengan orang Malaysia dan Indonesia. Mula-mula memang kitaorang separate meja, jauh-jauh antara kitaorang 7 orang ni. Kat area aku duduk tu, ada 3 group. Satu dari Indonesia dan dua dari Malaysia. Diorang punya borak kuat gila. Macam kat pasar. Just imagine, kau dah penat , lapar dan pening kepala lepas tu bisining gila. Aku memang dah pening dah, nak cakap dengan orang depan pun kena whatapps. Apa hal. Tapi geng Indonesia tu lepas dapat makanan terus senyap, makan dengankhusyuk. Geng Malaysia tu borak kuat gila, stress mak. Mata aku asyik tengok tempat Kak Lia sebab kat area tu aman sikit.

Alhamdulillah, tak lama tu satu family dari Malaysia tu habis makan. Fuhhh, lega rasanya. Overall,  makanan dan minuman kat restoran ni berbaloi. Makanan sedap sangatttttt. Nak cakap mahal, aku rasa kat Kanchanaburi tu lagi mahal dan tak sedap. Owner dia, en.Usman rupanya orang pattani. Pandai kecek klate. Very friendly. Dia siap cerita dia kekurangan staff, Cuma ada dua orang je tukang masak. Sorang je ambik order. That why lah dia turun padang.

https://www.facebook.com/usmanthaimuslimfood/timeline


# Di hadapan kedai Usman. Atas kedai ni ada hostel yang boleh kita sewa



#with the very friendly owner of restaurant


Dalam pukul 9.30 malam kitaorang berjalan kaki ke MRT. On the way jalan tu akan lalu kedai-kedai tepi jalan. Apa yang aku dapat gambarkan, masyarakat kat Bangkok ni suka duduk makan kat bahu jalan. Sebab ada orang meniaga. Kalau nak dibandingkan kat tempat kita, umpama orang jual goreng pisang tepi jalan bukak meja. Tapi Malaysia lagi proper sebab jauh dari bahu jalan. Lebih tenang kalua nak berborak. Maybe ini dia punya budaya kat sini. Lagi satu banyak juga pusat hiburan kat sini. Akan Nampak lah orang-orang asing ni kiri kanan perempuan Thailand. Seronok juga bila kita jalan tempat orang ni, banyak yang kita boleh Nampak, belajar dan ambik mana yang baik dan mana yang buruk. Dari sini ambik MRT di Stesen Aso ke Stesen Hualamphong. Harga dalam 28 Baht. Pukul 10.30 kitaorang dah sampai hotel. 



p/s : tulis ikut mood.maka terjadinya bahasa pasar + bahasa skema  (Draft 2 munggu )

No comments: