Monday, November 7, 2016

Aku Selepas 8 Bulan

Bismillahirahmanirahim.

Hari ini dah masuk minggu kedua bulan November 2016. (Deraf lama)Ya Allah cepat betul masa berlalu. Bila tengok balik kebelakang, aku kembali mencongak apa agaknya senarai kemenangan yang dah aku buat. Semoga segalanya tak berada pada titik nol.
Masuk bulan ni , dah masuk bulan ke 8 aku bermastautin di Bandaraya Kuala Lumpur. Bandar yang mana sebelum ini cuma aku jenggah barangkali sebulan sekali atau dua bulan sekali. Semuanya atas alasan berkrusus di Ibu Pejabat atau pun meeting. Tapi bermula bulan April 2016, satu titik permulaan perjalananku di bandaraya ini.

Masih aku ingat lagi, sehari selepas birthday ku, 15.04.2016 hari yang ditunggu-tunggu oleh kami semua para P&P lantikan baru,pink form. Aku dah berkira-kira untuk pulang semula ke JB. Kalau pun ditempatkan di Ibu pejabat, aku Kira di unit yang boleh polish skill teknikal yang dah lama aku tinggalkan sejak di unit lama.

Sorang demi seorang dipanggil. Semuanya diminta untuk dibacakan tempat penempatan sendiri di atas pentas yang luas di Auditorium Tun Hussein On itu. Tiba gilaran aku,  hatiku mahu menangis. Biar betul . Bukan semalam masa interview penempatan aku rasa aku dijamin tak dihantar ke tempat yang aku mention dalam interview tersebut. Dengan secara tak sengaja aku memulakan bacaan dengan ayat " sebenarnya saya tak suka tempat ini" selepas membaca seperti orang lain, aku pulang ke tempat duduk dengan hati yang berkecamuk,kalau nak ikutkan memang mimik muka aku berubah . orang pun boleh tangkap,I'm not happy with that.

Balik ke UM(sebab tinggal hostel Mija). Aku menangis. Dah lama aku tak menangis macam ni sekali. Aku Cuba tidur,dengan harapan bangun tidur hati aku lega. Malangnya bangun tidur,aku jadi tak tenang. Walau Mija sama-sama menangis time aku menangis. Pulang semula ke JB (nak ambik Baju,kereta,semua barang) aku menangis dalam bas. Still cover sebab sebelah aku lelaki. Aku tak ada perasaan nak tegur or tengok muka dia langsung. Jumpa orang tua aku, aku pun sedih. Iyelah,dah lama aku duduk JB. Kalau tak,selalu aku balik walau kejap-kejap.

To make it short,selama sebulan aku Cuba bina semangat Baru di tempat kerja. Aku Cuba sibukkan diri. Cari tempat Usrah,jogging dan kawan-kawan yang aku kenal kat KL. At first aku naik public transport for a week. Tapi aku stress dengan orang-orang dalam lrt time pick hour. Aku rasa penat nak berebut-rebut dan sesak. Dengan macam-macam ragam yang buat hati aku sangat berdosa. Minggu berikutnya aku ambik keputusan untuk bawa kereta pergi office. Satu lagi pengalaman dan cabaran baru yang aku tempuhi. Perjalanan balik aku pasti sesat,traffic jammed. Paling worst aku selalu salah simpang. Sebabnya aku salah baca map Dari application yang aku guna. Stress tahu tak. Then every time aku nak pergi office aku ada satu perasaan sedih dan tak suka nak datang kerja. But I have to go. Every time hari Ahad,aku sure rasa ada satu perasaan yang jadi aku tak redha dan semualah. Sebab aku masih tertanya-tanya kenapa aku ditempatkan di tempat yang aku tak nak walhal aku dah mention . I don't care kalau tak dapat balik Johor sekalipun,tapi bukan tempat ni. Almost a month the feeling following me. Every time during prayer , aku selalu doa semoga ujian ini berhikmah dan jadikan aku orang yang redha. Sampai satu saat aku nak jumpa kaunselor kat kementerian which is aku Kenal sebab aku sendiri ahli AKRAB.

Masuk bulan kedua,aku terus paksa dan ajar diri aku untuk buang perasaan yang bakal jadi nanah ni. Boleh sakit jiwa kalau terlampau jadi hamba yang tak redha. Umpama aku ni tak percaya pada rukun iman ke 6. Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab aku memang dah terbiasa dengan jemaah,dengan usrah sejak dari JB. So bila minggu pertama datang KL aku dah Cari tempat usrah. First week aku dah start pergi Usrah (walaupun tak tahu jalan,dan naik lrt). Alhamdulillah sekarang aku dah ada dua group Usrah. Semoga aku konsisten,supaya iman aku tetap berada dalam landasan yang betul. Aku pergi jogging sorang-sorang lepas balik kerja,semua ni supaya aku tak lonely dan ada pengisian dalam hidup yang Baru aku tempuh kat KL.

Day by day,aku belajar banyak benda. Stress pasal jalan aku dah dapat kurangkan. Kawan-kawan Baru? Mungkin. Tapi sebenarnya kebanyakan kawan aku kat sini kawan lama waktu study,kursus dan vacation. So sama jek . hidup aku pun tak adalah culture shock sangat. Biasa jek. Lagipun kalau kat JB lagiiii banyak aktiviti yang boleh aku buat. Aktiviti grouping larian memang aku dah tak join kat KL ni due to location dan timing. Rindu sangat geng running kat JB. Cuma aku kena buat aktiviti hujung minggu,atelast dapat jogging pun okay dah. Financial memang kena revise. Iyelah dah jauh dengan family,so aku memang wajibkan sebulan sekali atau dua Kali balik Johor, nak tak nak memang kena spend some amount . itu belum lagi sewa Bilik yang sama rate dengan sewa sebiji Rumah 3 Bilik waktu kat JB. Betul-betul mencabar.

Kerja pulak,aku rasa just follow the flow. Akupun tak berhasrat nak stay lama kat unit ni. So aku tak nak menonjol sangat. Biasa-biasa jek. Bila diperlukan barulah menonjol. Tak apalah tak jadi favorite dan tak menonjol macam waktu kat office lama. At least I've been experience before. So that it.
At the end of the story, kadang-kadang kita kena keluar dari kotak keselesaan kita. Ye,aku memang suka office lama aku. Orang-orangnya, kerja yang sentiasa buat aku pergi tempat yang berbeza,jumpa orang yang berbeza. Tapi sampai bila? So aku kenalah ambik satu step terima,belajar,redha dan berusaha untuk buatkannya jadi yang terbaik. Enjoy the moment. Create new experience. Eh banyak benda aku tak explore lagi kat KL ni. Paling penting Alhamdulillah aku dapat jumpa orang-orang hebat di dalam bidang agama setiap minggu bila pergi Usrah Suci di Masjid Wilayah. Melihat wajah-wajah yang fame kat TV,tapi sekarang live. Banyak ilmu agama boleh belajar,perbaiki diri. Aku notice,kat sini aku betul2 boleh faham tafsir Al-Quran dengan jelas sebab belajar berguru. Ilmu Ustaz Zul Ramli, Ustaz Syed,Ustaz Hafiz,Ustaz Salehuddin Ya Allah seluaa buih dilautan pon belum tentu aku akan dapat hadam semuanya.

Semoga Allah permudahkan perjalanan kehidupan. Kita merancang, Allah juga merancang,dan DIA adalah sebaik-baik perancang. Jadikan aku hamba yang redha atas setiap perjalanan yang telah engkau catatkan buatku. Perbaiki akhlakku dan perkukuhkan iman Ku serta jadikan lah percakapanku, percakapan yang berguna dan bukan sia-sia. Amin.

Sekian

No comments: